Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

311) KERJASAMA ADN DENGAN PBT DAN PDT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri berkenaan jemputan kepada Ahli Dewan Negeri Pembangkang ke mesyuarat-mesyuarat bulanan PBT dan PDT?

    Untuk makluman Yang Berhormat, jemputan kepada mana-mana wakil rakyat baik Kerajaan mahupun Bukan Kerajaan adalah tertakluk kepada keperluan sesebuah mesyuarat yang dianjurkan. Bagi mesyuarat bulanan Pejabat Tanah & Daerah ataupun Pihak Berkuasa Tempatan, ianya bersifat tertutup yang melibatkan kapasiti keanggotaan pegawai-pegawai kerajaan sahaja, tanpa penglibatan mana-mana entiti politik.

    Tiada sebarang dasar kerajaan negeri berkaitan menjemput Ahli Dewan Negeri ke mesyuarat-mesyuarat bulanan PBT dan PDT. Sebarang jemputan adalah keputusan PBT dan PDT yang dilaksanakan demi manfaat rakyat Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.