Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
136) KERJA SELENGGARA SUNGAI AMPANG
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sungai Ampang yang melalui Lembah Jaya Utara pernah melimpah menyebabkan banjir teruk pada 2012, 2021. Apakah kaedah yang digunakan JPS bagi mengelak banjir dari berlaku?
Punca kejadian banjir di Lembah Jaya Utara pada tahun 2012 dan 2021 adalah berikutan taburan hujan luar biasa yang berterusan dengan bacaan taburan hujan dicatatkan sebanyak 164mm pada 7 Mac 2012 dan 105.5mm dicatatkan pada 18 hingga 23 Disember 2021. Hujan lebat dan berterusan tersebut juga telah mengakibatkan limpahan Sungai Ampang dengan ketinggian aras banjir dicatatkan 0.4m-0.85m. Bilangan rumah yang terjejas pada tahun 2021 adalah sebanyak 200 buah melibatkan 1,158
Bagi mengatasi masalah tersebut, beberapa langkah struktur dan pembaikan telah dilaksanakan antaranya melebar dan mendalamkan sungai, membaikpulih tebing sungai serta menaiktaraf sistem saliran dalaman. Susulan itu, kerja-kerja pengukuhan dan kawalan hakisan tebing sungai telah dilaksanakan pada tahun 2022. Dalam pada itu, langkah kawalan bukan struktur juga telah dilaksanakan. Antara komponen yang terlibat adalah seperti berikut:-
- Program Ramalan Amaran Banjir Negara (PRAB) yang berupaya meramal kejadian banjir monsun 7 hari lebih awal, memberi amaran banjir monsun 2 hari lebih awal, ketepatan ramalan aras air (+/- 0.5m) dan ramalan banjir kilat 1-3 jam lebih awal berdasarkan data ramalan cuaca dari Jabatan Meteorologi Malaysia. Selain itu, PRAB juga berupaya memberi amaran dan hebahan banjir monsun dari 6 jam kepada 2 hari lebih awal kepada agensi berkepentingan dan penduduk yang terlibat dengan banjir. Perolehan program ini telah bermula pada September 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Mac 2024. Program ini merangkumi pengesanan, ramalan, amaran dan hebahan.
- Pembangunan Rangkaian Stesen Hidrologi termasuk Sistem Siren Amaran Banjir untuk mengumpul dan memproses data hidrologi bagi tujuan ramalan dan amaran banjir.
- Pembangunan Sistem Pemantauan Banjir melalui laman web Infobanjir Negeri Selangor untuk memberi amaran awalan banjir kepada orang awam mengenai status paras air sungai, taburan hujan dan kamera pemantauan status banjir.
- Penggunaan Garis Panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang menetapkan keperluan mandatori yang perlu dipatuhi bagi pembangunan baru di kawasan bandar.
- Pendekatan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu dan Pengurusan Banjir Bersepadu bagi rancangan pengurusan banjir. Ini akan memberikan pendekatan yang lebih seimbang antara langkah-langkah struktur dan bukan struktur serta tahap penyertaan masyarakat yang lebih tinggi.
- Kajian Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM – Integrated River Basin Management) dan Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir (IFMP – Integrated Flood Management Plan) serta Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA).
- Pengurusan kawasan tadahan yang merangkumi kawalan pembangunan, pemeliharaan tanah dan pengurusan penggunaan tanah tinggi.
- Peta Hazard Banjir yang digunakan untuk tujuan penilaian risiko bagi mengurangkan kerugian akibat banjir.
Bagi isu banjir yang berpunca daripada banjir lumpur pula, OPS Lumpur iaitu pemeriksaan mengejut yang dijalankan oleh pasukan petugas khas di tapak pembinaan bagi menyemak sama ada projek pembinaan dilaksanakan mengikut Pelan Kawasan Hakisan Tanah dan Sedimen (ESCP). OPS Lumpur telah dilaksanakan bersama-sama pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan pemaju pada 27 Jun 2022 bagi menjalankan penguatkuasaan dan mengawal aktiviti pembukaan tanah akibat aktiviti pembinaan di kawasan Lembah Jaya Utara. Dalam operasi tersebut, pihak pemaju telah disarankan untuk memastikan struktur kawalan kelodak diselenggara secara berkala dan berfungsi dengan baik.
Selain daripada itu, kerja-kerja penyelenggaraan juga telah dilaksanakan secara one-off mengikut keperluan di tapak yang merangkumi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan di tebing sungai dan kerja-kerja cucigali. Bagi langkah jangka panjang, kertas permohonan peruntukan bagi menaiktaraf Sungai Ampang di Lembah Maju dengan tajuk cadangan Projek Pemuliharaan Tebing Anak Sungai Seputeh Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Taman Lembah Maju, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat, Selangor telah dicadang untuk diangkat di bawah RMKe12 (RP4) dengan anggaran kos sebanyak RM8.55 juta yang merangkumi kawasan Lembah Maju untuk pertimbangan Kerajaan Persekutuan.
Skop projek tersebut adalah seperti berikut:-
- Kerja Awalan
- Kerja-Kerja Tanah
- Perkhidmatan Perunding (kajian rekabentuk terperinci & penyeliaan tapak)
- Perkhidmatan Juruukur (ukur kejuruteraan, perizaban, SI dan UDM)
- Pengukuhan dan Pembaikan Semula Tebing Sungai Seputeh sepanjang 150m (kiri dan kanan)
- Kerja-Kerja Pembinaan dan Menaiktaraf Sungai Seputeh sepanjang 220m (kiri dan kanan)
- Pengalihan Utiliti dan Kerja Lain Berkaitan
- Bayaran Profesional (Rekabentuk & Penyeliaan)
- Pengurusan Projek
- Public Outreach Programme (POP)
-
Nyatakan jadual selenggara pembersihan Sungai Ampang khusus di Kampung Pinggir Tiga dan kampung berdekatan.
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membelanjakan sejumlah RM400 ribu merangkumi skop kerja cucigali dan pembaikan tebing. Tujuan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut adalah bagi memastikan Sungai Ampang terutama di kawasan Kampung Pinggir Tiga dan kawasan sekitar dapat menampung kapasiti air larian bagi mengelakkan kejadian banjir pada November 2021 daripada berulang. Kerja-kerja penyelenggaraan di Kampung Pinggir Tiga dan kampung berdekatan yang telah dilaksanakan pada tahun 2022 adalah seperti berikut:-
Selain daripada itu, Kerja-Kerja Penyelenggaraan dan Pembersihan Rezab Sg. Ampang, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat dijalankan secara berkala setiap tahun dengan anggaran kos sebanyak RM110,000.00.