Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

62) KERJA PENYELENGGARAAN LONGKANG KEMPUNG SERI AMAN MELALUI BAJET YANG TELAH DILULUSKAN OLEH DATO’ MENTERI BESAR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah akan bermulanya kerja-kerja penyelenggaraan longkang-longkang Kampung Seri Aman melalui bajet yang telah diluluskan oleh DatoÕ Menteri Besar Selangor semasa lawatan turun padang beliau di Kampung tersebut?

    Untuk makluman, pelaksanaan kerja-kerja rekabentuk terperinci bagi Kerja-kerja Menaiktaraf Parit Utama dan Sistem Parit Dalaman serta Kerja-kerja Berkaitan di Kampung Seri Aman, Daerah Petaling, Selangor telah pun selesai dilaksanakan. Tujuan pelaksanaan rekabentuk terperinci ini dijalankan terlebih dahulu bagi mengenalpasi punca sebenar serta jalan penyelesaian secara menyeluruh bagi masalah berlakunya kejadian banjir di Kampung Seri Aman. Kerja-kerja pembinaan fizikal bagi projek ini dijangka akan dapat bermula menjelang bulan Julai 2018 dan siap sepenuhnya pada tahun 2019 sekiranya tiada isu pengambilan tanah serta pengalihan utiliti terlibat sepanjang tempoh pembinaan projek berjalan.

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    Secara keseluruhannya, siling peruntukan sebanyak RM11,050,000.00 telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) bagi mengatasi isu dan masalah banjir yang berlaku di Kampung Seri Aman. Sebagai permulaan projek ini, sebanyak RM2,000,000.00 telah diluluskan dalam tahun 2018 bagi menjalankan kerja-kerja rekabentuk terperinci serta pembinaan projek di peringkat awalan. Hasil daripada kajian serta rekabentuk yang dilaksanakan, di antara langkah penyelesaian yang diambil bagi mengatasi masalah banjir di Kampung Seri Aman ini adalah dengan menaiktaraf sistem saliran serta perparitan sedia ada dengan mendalamkan serta melebarkan parit sepanjang 3.75 kilometer, menaiktaraf struktur-struktur saliran yang terlibat di sepanjang jajaran parit, menaiktaraf jalan sedia ada serta kerja-kerja lain yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.