Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

151) KERJA PENYELENGGARAAN JALAN

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri tidak mewajibkan kontraktor-kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja membaik pulih jalan-jalan di kawasan DUN Sungai Air Tawar memasang papan tanda projek?

    Pemasangan Papan Tanda Projek termasuk dalam skop yang di tawarkan dalam kontrak kerja membaik pulih jalan.

  2. Nyatakan jumlah jalan yang dibaikpulih di kawasan DUN Sungai Air Tawar sehingga Jun 2022?

    2 Tajuk projek.

  3. Senaraikan kontraktor yang melaksanakan projek-projek membaikpulih jalan-jalan tersebut?

    Bil

    Tajuk

    Kontraktor

    Tarikh Mula

    1 Menurap semula jalan Haji Sulaiman, Kampung Tebuk Berihun

    SNA Construction

    13.6.2022

    2 Menurap semula jalan Perenggan, Kampung Perenggan

    Origin Type Enterprise

    13.6.2022

     

    Sehingga Jun 2022, jumlah jalan yang telah dibaikpulih di DUN Sungai Air Tawar adalah berjumlah 6 buah jalan.
    Berikut adalah senarai kontraktor bagi kerja-kerja tersebut:-

    BIL.

    LOKASI

    KONTRAKTOR

    1. Sebahagian Jalan Hj Mohd Yasin

    Gabungan Ilham Teknik

    2. Sebahagian Jalan Kg Dato Hormat

    JJ Rizqi Ventures

    3. Sebahagian Jalan Beting Kepah

    Apelyn Enterprise

    4. Sebahagian Jalan 2 Sg Lang

    Eira Aura Resources

    5. Sebahagian Jalan Seri Jaya Kg Parit  Baru

    Seventy Solution

    6. Sebahagian Jalan Jamian

    Rezqi Dinamik Resources

         

Lampiran

Tiada Lampiran.