Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

281) KERJA NAIK TARAF JALAN PAIP MERU DAERAH PETALING

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kategori bahan binaan yang dipersetujui dalam kontrak tender?

    Kategori bahan binaan yang dipersetujui dalam kontrak tender adalah pasir, batu pecah dan premix

  2. Adakah kajian awal tanah dibuat sebelum diputuskan kategori jalan dibina?

    Kajian awal tanah ada dibuat sebelum diputuskan kategori jalan dibina

  3. Apakah punca kerosakan yang kerap berlaku walau belum setahun tempoh siap?

    Kerosakan yang kerap berlaku berpunca daripada lori lebih muatan yang menggunakan laluan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.