Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

178) KERJA MENAIK TARAF

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kenapa kerja menaiktaraf longkang di sepanjang Jalan Bukit Kemuning tidak dapat dijalankan walaupun Jawatankuasa Pelan Tindakan Banjir dibawah EXCO Infra telah memutuskan pembinaan ini diutamakan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Batu 7 dan Batu 8, Jalan Bukit Kemuning masih belum bermula disebabkan oleh peningkatan kos pengalihan utiliti dan pengambilan tanah sebanyak RM20 juta dari kos projek asal sebanyak RM15 juta.

    Setelah mengambilkira pembiayaan pelaksanaan reka bentuk, kerja ukur dan siasatan tanah serta keperluan kos bagi cadangan menaiktaraf sistem saliran di kawasan Batu 7 dan Batu 8, baki peruntukan sedia ada adalah tidak mencukupi. Justeru itu, satu kertas kerja bagi memohon peningkatan kos siling projek sebanyak RM20 juta telah dirangka untuk diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Permohonan peningkatan kos siling projek tersebut mengambilkira kos pengalihan utiliti serta pengambilan tanah sebanyak RM20 juta. JPS Negeri Selangor sedang dalam proses mendapatkan ulasan daripada agensi-agensi seperti Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Kertas MMKN tersebut akan diangkat untuk pertimbangan kelulusan setelah semua ulasan diperolehi. Perincian bagi pertambahan kos siling projek adalah seperti berikut:-

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap kilang yang telah dibina tanpa kebenaran dan menghalang saliran air?

    Maklum balas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor

    Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tidak mempunyai kuasa di dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan. Walau bagaimanapun, JPS akan sentiasa membuat laporan kepada pihak Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk tindakan penguatkuasaan terhadap kilang yang telah dibina tanpa kebenaran dan menghalang saliran air.

    Maklum balas PDT Klang

    Bagi kilang-kilang yang termasuk dalam bancian Kilang Tanpa Kebenaran oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kerajaan Negeri telah melanjutkan pemakaian Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 2 Tahun 2019 sehingga 31 Disember 2024.

    Sekiranya Jabatan/ Agensi Kerajaan menerima aduan bagi mana-mana struktur yang menghalang saliran air yang dibina tanpa kebenaran oleh JPS dan PBT, maka tindakan penguatkuasaan bersama oleh JPS, PBT dan PDT akan dilaksanakan.

    Maklum balas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

    Jalan Bukit Kemuning merupakan jalan di bawah kawasan pentadbiran Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak Majlis mengesyorkn agar JKR sebagai pemilik tanah membuat inventori kilang-kilang yang membina struktur haram di atas longkang sedia ada yang menghalang saliran air serta merujuk Pejabat Daerah dan Tanah bagi proses mengeluarkan notis. Pihak MBSA juga tiada halangan untuk melakukan Operasi Bersepadu sebaik sahaja notis telah dikeluarkan oleh pemilik tanah/ Pejabat Daerah dan Tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.