Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

51) KERJA-KERJA TURAPAN JALAN DI DAERAH SEPANG

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kerja-kerja membaiki permukaan jalan di laluan FT 31 Banting-Semenyih dan bilakah kerja-kerja tersebut dianggarkan siap?

    Bagi tahun 2021, JKR Sepang telah menerima peruntukan dan dilaksanakan melalui konsesi Roadcare (M) Sdn. Bhd. berjumlah RM 1,200,000.00 di Laluan FT31 Banting – Semenyih, Seksyen 18.00 – 28.00 dan RM 1,030,000.00 di Laluan FT31 Banting – Semenyih, Seksyen 27.00 – 30.00 dan telah siap sepenuhnya pada 14 September 2021.

    Bagi tahun 2022, peruntukan sebanyak RM3,000,000.00 telah diluluskan bagi dua (2) lokasi iaitu seksyen 23.00-24.00 dan 26.00-27.00. Arahan Kerja telah dikeluarkan oleh JKR Selangor pada 24 Januari 2022 kepada konsesi dan dijangkakan siap sepenuhnya pada 30 April 2022.

  2. Apakah status kerja-kerja membaiki permukaan jalan di laluan FT 214 Putrajaya-Dengkil dan bilakah kerja-kerja tersebut dianggarkan siap?

    Bagi tahun 2021, JKR Sepang telah menerima peruntukan dan dilaksanakan melalui konsesi Roadcare (M) Sdn. Bhd. berjumlah RM 700,000.00 bagi kerja Mill & Pave dan lain-lain kerja yang berkaitan iaitu termasuk mengecat garisan hatching di jalan susur ke balai polis serta membaiki/ menaiktaraf longkang sedia ada. Kerja ini telah disiapkan pada 20 Oktober 2021.

    Bagi tahun 2022, permohonan peruntukan menurap jalan telah dimajukan ke Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia untuk dilaksanakan di bawah konsesi. Pembaikan akan dibuat selepas peruntukan diluluskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.