Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
121) KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BERKALA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Difahamkan tiada peruntukan penyelenggaraan tahunan disediakan ke agensi bertanggungjawab untuk kerja-kerja penyelenggaran berkala seperti pemotongan rumput dan pembersihan longkang di jalan jalan luar bandar / kampung. Jika ada pun kerja penyelenggaran dibuat, ia adalah secara "one- off" berdasarkan kelulusan permohonan dan bukan berkala. Bolehkan sekiranya dipertimbangkan untuk peruntukan penyelenggaran berkala bagi jalan jalan luar bandar di kampung-kampung diberikan secara tahunan?
Pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terlibat dalam memajukan akses jalan kampung yang dikategorikan Jalan Perhubungan Desa (JPD) yang tidak didaftarkan di bawah peruntukan Malaysian Road Record Information System (MARRIS) . Komponen Jalan Perhubungan Desa yang dilaksanakan oleh pihak KKDW ialah melibatkan jalan, pembentung, jambatan serta jalan tuju dan longkang. Pelaksanaan ini adalah di bawah peruntukan pembangunan tahunan berdasarkan kelulusan permohonan sahaja dan bukan di bawah penyelenggaraan rutin dan berkala. Skop pelaksanaan Jalan Perhubungan Desa melibatkan kerja-kerja bina baru, naiktaraf dan baik pulih berdasarkan sepesifikasi dan garis panduan pelaksanaan projek Jalan Perhubungan Desa Tahun 2020. Jalan Perhubungan Desa yang siap dilaksana akan dibuat penyerahan kepada Pejabat Daerah atau pihak berkuasa bertanggungjawab untuk didaftarkan ke dalam sistem Malaysian Road Record Information System (MARRIS) bagi penyelarasan peruntukan penyelenggaraan secara rutin dan berkala dibawah Pejabat Daerah/Agensi Teknikal yang terlibat.
Peruntukan penyelenggaraan jalan bagi jalan-jalan kampung disalurkan kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah melalui peruntukan MARRIS. Buat masa ini, jalan-jalan kampung tidak diselenggara secara rutin kerana tidak mempunyai kontrak konsesi sebagaimana jalan-jalan JKR. Bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula, ada PBT yang menggunakan peruntukan MARRIS untuk melantik konsesi tahunan bagi melaksanakan kerja-kerja seperti potong rumput di jalan-jalan luar bandar atau kampung, pembersihan longkang dan penampalan pothole jalan.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memastikan kawasan kampung-kampung di Sepang,khususnya di DUN Sg. Pelek berada dalam keadaan bersih dan terjaga?
Kerajaan Negeri Selangor, telah mengambil pelbagai tindakan dan membuat perancangan untuk memastikan kawasan kampung-kampung di daerah Sepang, khususnya di DUN Sungai Pelek berada dalam keadaan yang bersih dan terjaga. Berikut adalah beberapa perancangan dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri dan PBT untuk mencapai matlamat tersebut:
- Program Gotong Royong dan Kebersihan Komuniti;
- Pendidikan dan Kesedaran Mengenai Kebersihan;
- Pemantauan dan Penguatkuasaan;
- Sistem Pengurusan Sampah yang Efisien;
- Penyediaan Infrastruktur dan Kemudahan Awam;
- Pembangunan Ekonomi dan Pelibatan Komuniti;
- Kerjasama dengan Syarikat Swasta dan NGO; dan
- Penyelenggaraan Rumah Terbiar.