Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

74) KERJA-KERJA PENURAPAN JALAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banyak keadaan jalan yang diturap mendapat komen yang negatif terhadap kerja-kerja yang tidak memuaskan seperti kualiti tar ÒcrushserunÓ yang digunakan mahupun ketebalan. Apakah rancangan Kerajaan bagi mengatasi masalah ini?

    Bagi mengatasi masalah ini, pihak Kerajaan Negeri akan memastikan jalan-jalan dibina mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di dalam kontrak kerja. Untuk jalan-jalan JKR, terdapat beberapa ujian yang perlu dijalankan dan telah dimasukkan di dalam kontrak kerja bagi memastikan spesifikasi dipenuhi. Ujianujian tersebut adalah seperti berikut: i- ‘Coring test’ untuk menentukan ketebalan crusher- run dan premix. ii- Ujian ‘Density’ untuk menentukan kepadatan lapisan-lapisan jalan. iii- Marshall Test untuk menentukan kandungan bitumen.

    Semua ujian-ujian ini perlu dilaksanakan sebelum kerja-kerja disahkan untuk bayaran.

  2. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu pasukan khas bagi memantau kerja-kerja penurapan jalan supaya mengikut piawaian yang ditetapkan sebelum pembayaran dibuat?

    Pasukan khas yang dicadangkan adalah tidak diperlukan buat masa ini. Apa yang diperlukan adalah kerja auditan ke atas kerja-kerja yang dijalankan bagi memastikan kerja-kerja yang telah dibuat adalah mengikut syarat-syarat dan spesifikasi yang telah ditetapkan di dalam kontrak.

Lampiran

Tiada Lampiran.