Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

4) KERJA-KERJA PENGGANTIAN PAIP DAN NRW

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah anggaran kos kerja-kerja penggantian paip yang akan dilaksanakan oleh Air Selangor pada tahun 2022?

    Bagi Program Penggantian Paip tahun 2022, sejumlah RM 174 juta telah diperuntukkan yang merangkumi kos rekabentuk, penyeliaan tapak dan pelaksanaan kerja.

     

  2. Nyatakan jumlah pinjaman kewangan Kerajaan Negeri kepada Air Selangor untuk penggantian paip mengikut tahun.

    Sejumlah RM 248.7 juta telah diperuntukkan melalui pinjaman oleh Kerajaan Negeri kepada Air Selangor pada tahun 2017 dan ianya digunakan bagi program penggantian paip bagi tahun 2017 hingga 2019.

  3. Status terkini Air Tidak Terhasil (NRW).

    Sehingga Oktober 2021, purata kadar Air Tidak Terhasil (NRW) bagi Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah pada tahap 28.2% berbanding purata NRW 28.5% pada tahun 2020. NRW Kebangsaan pada tahun 2020 adalah pada tahap 36.4%.

Lampiran

Tiada Lampiran.