Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

145) KERJA-KERJA BAIK PULIH SISTEM SALIRAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan kerja-kerja baik pulih saliran yang sudah siap dan sedang berjalan di bawah kawal selia Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

    Sebanyak 194 kerja-kerja baik pulih saliran sudah siap dan sedang dilaksanakan di bawah kawal selia Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

  2. Berapakah kos yang diguna pakai untuk menjalankan kerja-kerja tersebut?

    Kerja-kerja ini melibatkan kos berjumlah RM4,008,649.90.

  3. Apakah kerajaan negeri mempunyai pelan untuk penstrukturan semula saliran-saliran usang dan lama di dalam kawasan MPAJ?

    MPAJ sedang merancang untuk membangunkan Pelan Induk Infrastruktur yang mana penstrukturan semula saliran-saliran usang dan lama akan dikaji dan dibangunkan dalam bentuk pelan tindakan. Walau bagaimanapun kemampuan kewangan MPAJ masih belum dapat diperuntukkan untuk tahun ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.