Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
228) KERJA-KERJA BAIK PULIH INFRASTRUKTUR DAN JALAN OLEH JABATAN KERJA RAYA DAERAH KUALA LANGAT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah perbelanjaan wang digunakan oleh JKR untuk turap dan tampal Jalan Sungai Buaya dan Jalan Norton, Kg sg jarom, jenjarom sejak tahun 2008 hingga kini?
Perbelanjaan yang digunakan oleh JKR untuk turap jalan sejak tahun 2008 hingga kini di jalan Sg. Buaya adalah sebanyak RM 730,000.00 dan Jalan Norton sebanyak RM 20,000.00
-
Nyatakan jumlah wang perbelanjaan yang diperlukan untuk menurap semula kedua dua jalan itu?
Perbelanjaan yang diperlukan untuk menurap semua kedua-dua jalan, bagi Jalan Norton adalah sebanyak RM20,000.00 dan Jalan Sg.Buaya RM 110,000.00 (sedang dilaksanakan dengan peruntukan MARRIS)