Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

147) KERJA KERJA BAIK PULIH CERUN DI DUN TERATAI

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan status terkini kerja-kerja baik pulih cerun yang dijalankan di dalam kawasan DUN Teratai?

    MPAJ telah siap melaksanakan kerja pembaikan cerun runtuh yang berlaku pada tahun 2022 di Taman Bukit Permai 2 dengan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri dengan kos RM16juta. MPAJ turut membelanjakan sejumlah RM1,790,668.00 bagi kerja-kerja penyelenggaraan cerun MPAJ di sekitar kawasan Dewan Negeri (DN) Teratai. MPAJ kini sedang membangunkan Sistem Amaran Awal (EWS) Tanah Runtuh di kawasan DN Teratai iaitu di Jalan Mega 3, Jalan Mega 5 dan Jalan Bunga Melati.

  2. Berapakah belanja yang digunapakai untuk menjalankan kerja-kerja tersebut dari tahun 2018 hingga ke 2023?

    Tahun Belanja
    2018 RM 355,388.09
    2019 RM 1,039,079.00
    2020 RM 1,751,292.80
    2021 RM 1,351,566.35
    2022 RM 4,368,576.22
    2023 RM 1,264,213.44

Lampiran

Tiada Lampiran.