Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

1) KERJA-KERJA BAIK PULIH BANGUNAN PEJABAT DAERAH

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Status kerja-kerja baik pulih Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, Sungai Sedu di mana struktur bangunan berkeadaan retak serius? Nyatakan anggaran kos, masa diambil untuk baik pulih.

    Anggaran kos dan masa yang diambil untuk baik pulih bangunan tersebut adalah seperti berikut:-

    1. Kos Kontrak : RM 3,248,370.00
    2. Tempoh Kontrak :13hb Dec 2011 sehingga 20hb Ogos 2012 (36 Minggu)
  2. Siapakah menanggung kos pembaikan?

    Pihak yang menanggung kos pembaikan adalah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)

  3. Adakah bangunan ini selamat digunakan?

    Bangunan tersebut adalah selamat untuk diduduki kerana mendapan tanah yang berlaku tidak melibatkan struktur utama

     

Lampiran

Tiada Lampiran.