Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
215) KERETA TERBIAR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah prosedur PBT untuk melupuskan kereta terbiar?
Antara garis panduan atau Standard Operation Procedure (SOP) yang diguna pakai oleh PBT untuk melupuskan kenderaan buruk atau terbiar selepas tempoh notis tuntutan tamat adalah berdasarkan beberapa proses berikut:
- Kelulusan Pelupusan dimulakan setelah tamat tempoh tuntutan selama 30 hari daripada tarikh serahan notis (bagi kenderaan) kepada pemilik bermula daripada tarikh tindakan sitaan dijalankan atau selepas carian JPJ gagal dijalankan bagi kenderaan yang disebabkan seperti ketiadaan nombor chasis atau nombor enjin;
- Kaedah pelupusan akan diputuskan oleh Jawatankuasa yang ditubuhkan di peringkat Jabatan bagi memberi syor pada Laporan Syor Kaedah Pelupusan Barangan Sitaan Majlis samada barangan/ kenderaan sitaan tersebut sama ada akan dijual, musnah, hadiah atau kaedah-kaedah lain yang setara;
- Melantik Saksi yang terdiri daripada satu (1) wakil jabatan dan satu (1) wakil jabatan dalaman PBT oleh pihak jabatan sebagai Saksi Penyaksian Pelupusan bagi barangan/ kenderaan kes yang telah dilucutkan hak oleh mahkamah dan membuat laporan kaedah pelupusan barangan sitaan dengan lengkap; dan
- Melaporkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan menghantar senarai kenderaan dan kaedah pelupusan termasuk Laporan pelupusan lengkap yang meragkumi Sijil Penyaksian Pemusnahan Barangan Sitaan dan Sijil Pelupusan Barangan
-
Butirkan bilangan aduan kereta terbiar yang diterima oleh PBT untuk tahun 2015-2017.
Jumlah aduan yang diterima oleh PBT berkenaan kenderaan terbiar bagi tahun 2015 adalah sebanyak 2,544 aduan, 2016 sebanyak 3,510 aduan dan 2017 sebanyak 4,101 aduan. Pecahan mengikut PBT seperti berikut:
BIL.
PBT
BILANGAN ADUAN KENDERAAN TERBIAR
2015 2016 2017 1. MBSA 389 416 470 2. MBPJ 93 505 775 3. MPSJ 604 783 991 4. MPS 305 418 470 5. MPKj 463 469 570 6. MPK 121 152 119 7. MPAJ 318 474 393 8. MPSp 137 179 200 9. MDKS 20 22 12 10. MDKL 56 47 51 11. MDSB 1 2 3 12. MDHS 37 43 47 JUMLAH 2,544 3,510 4,101 ***Sumber: Semua PBT Negeri Selangor
-
Apakah kapasiti bilangan kereta terbiar yang boleh disimpan oleh MBPJ dan apa rancangan untuk menambahkannya?
Pihak MBPJ telah melaksanakan sewaan tapak depoh di Seksyen 26, Shah Alam seluas 2.7 ekar bagi penyimpanan serta pengurusan kenderaan terbiar sejak tahun 2016. Kapasiti sebenar bilangan kenderaan terbiar yang boleh ditempatkan didalam depoh tersebut adalah di antara 700 hingga 800 buah kenderaan pada satu-satu masa. Pihak MBPJ juga akan memperbaharui terma dan kontrak sewaan bagi tempoh setahun sehingga mendapat lokasi depoh yang lebih sesuai di dalam kawasan pentadbiran MBPJ yang dapat mengurangkan kos perbelanjaan kelak.