Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

186) KERAP BERLAKU KEJADIAN BANJIR KILAT DI JALAN HJ ABDUL MANAN PERSIMPANGAN KLANG SENTRAL MERU

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah saiz longkang dan ketinggian jalan salah satu punca?

    a) Ya, saiz longkang dan ketinggian jalan adalah merupakan salah satu punca berlakunya banjir kilat di Jalan Hj Abdul Manan.

  2. Bilakah jangkaan ia dapat dibaik pulih?

    Masalah ini akan dapat diatasi sekiranya  jalan  tersebut  serta  longkang  di sekitar jalan dinaikaras secara menyeluruh bagi membolehkan pengaliran air yang sempurna. Kebanyakan scupper drain yang telah tersumbat telah dibaiki namun ianya masih belum mencukupi untuk menangani masalah ini.

     

    Bagi menangani masalah banjir kilat ini, pihak JPS telah pun membuat cadangan permohonan bagi kerja-kerja menaiktaraf system saliran di Sg Kapar Kecil dan permohonan telah dikemukakan untuk perlaksanaan pada tahun 2016.

Lampiran

Tiada Lampiran.