Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
269) KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah syarat-syarat untuk kelulusan pembinaan kilang atau gudang berhampiran dengan kawasan perumahan sehingga terdapat antaranya yang dibina di dalam kawasan kampung yang menyebabkan kesesakan dan kerosakan jalan?
Merujuk kepada Manual Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor Edisi 3, zon penampan perlu disediakan di antara kawasan industri dengan kawasan/ zon perumahan. Jarak zon penampan adalah merujuk kepada jenis industri iaitu industri ringan (50 meter), industri sederhana (150 meter) dan industri berat (300 meter). Faktor kemungkinan kewujudan kilang berhampiran kawasan perumahan adalah :-
- Kilang merupakan kilang tanpa izin yang dibina tanpa kelulusan PBT;
- Tukar syarat tanah yang tidak mengikut zon gunatanah di tetapkan di dalam Rancangan Tempatan; dan
- Penyediaan zon gunatanah Rancangan Tempatan yang tidak mengikut kategori dan syarat nyata tanah yang telah diberikan kepada pemilik tanah.