Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

147) KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila bekalkan maklumat terperinci aduan MBPJ (tahun 2012) Ð jenis aduan, tempoh respons dan tempoh penyelesaian.

    Berikut adalah maklumat berkenaan aduan MBPJ (tahun 2012) :-

    BIL. JENIS ADUAN TEMPOH

    MAKLUMBALAS DIBERIKAN

    TEMPOH PENYELESAIAN
    1 IKLAN/LESEN/ BANTING 48 JAM 7 HARI
    2 SALAHGUNA BANGUNAN/ PENEMPATAN SETINGGAN 48 JAM 14 HARI
    3 KERETA BURUK 48 JAM 3 MINGGU
    4 LAMPU ISYARAT 24 JAM SEGERA
    5 LAMPU JALAN 24 JAM SEGERA
    6 LAMPU TAMAN/ LAMPU LIMPAH 48 JAM 24 JAM
    7 GRATING 48 JAM 2 BULAN
    8 GUARDRAIL/ HALANGAN JALAN 48 JAM 3 BULAN
    9 JALAN ROSAK 24 JAM 14 HARI
    10 KEROSAKAN LONGKANG BESAR 48 JAM 3 BULAN
    11 KEROSAKAN LONGKANG KECIL 48 JAM 3 BULAN
    12 PENUTUP MANHOLE 48 JAM 3 BULAN

     

    BIL. JENIS ADUAN TEMPOH

    MAKLUMBALAS DIBERIKAN

    TEMPOH PENYELESAIAN
    13 BUNYI BISING 24 JAM 3 HARI
    14 PEMBAKARAN TERBUKA/ KACAU GANGGU ALAM SEKITAR 24 JAM 3 HARI
    15 ANJING LIAR 24 JAM 3 HARI
    16 ANJING PELIHARAAN 48 JAM 3 HARI
    17 KUCING LIAR 24 JAM 3 HARI
    18 NYAMUK 48 JAM 5 HARI
    19 SEMAK SAMUN DALAM KAWASAN

    RUMAH/ TANAH LAPANG PERSEORANGAN

    48 JAM 14 HARI
    20 KEBERSIHAN JALAN 24 JAM 3 HARI
    21 LONGKANG TERSUMBAT 48 JAM 3 HARI
    22 RUMPUT PANJANG TANAH PERSENDIRIAN 48 JAM 14 HARI
    23 SAMPAH KEBUN/HARAM/RUMAH 24 JAM 24 – 48 JAM
    24 HALANGAN KENDERAAN, TEMPAT LETAK KERETA, SIARKAKI 24 JAM SEGERA
    25 HALANGAN KENDERAAN /SIARKAKI 24 JAM SEGERA
    26 KACAU GANGGU 24 JAM 48 JAM
    27 PENJAJA TANPA LESEN 24 JAM 48 JAM
    28 SAMBUNGAN HARAM/PROJEK

    PEMBANGUNAN/ PEMBINAAN HARAM

    48 JAM 14 HARI
    29 CANTAS/ TEBANG POKOK 48 JAM 1 BULAN
    30 PENYELENGGARAAN TAMAN/ PADANG 48 JAM 3 BULAN
    BIL. JENIS ADUAN TEMPOH

    MAKLUMBALAS DIBERIKAN

    TEMPOH PENYELESAIAN
    31 POKOK TUMBANG 24 JAM SEGERA
    32 SAMPAH CANTASAN POKOK 24 JAM 3 HARI
  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk meningkatkan tahap servis kerajaan tempatan?

    Langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk meningkatkan tahap servis kerajaan tempatan adalah seperti berikut:-

    Menumpukan Tugas Asas PBT.

    • Menambahbaik sistem pengauditan,pemantauan kerja dan pembayaran.
    • Menubuhkan Pasukan Tindakan Segera (Pantas) di Majlis Bandaraya dan Perbandaran.
    • Menetapkan Tatacara Operasi Piawai untuk seluruh PBT dalam proses penguatkuasaan, permohonan permit dan lesen.
    • Mengurangkan kontraktor dan menambahkan pekerja PBT.  Mengenakan hukuman berat kesalahan kebersihan.

    Membina Imej Positif.

    • Memaparkan gambar Datuk Bandar/Yang Di Pertua dan barisan Pengarah PBT di billboard (rekabentuk adalah seragam).
    • Projek Padang Ceria: membina / menaiktaraf minima 500 set kelengkapan / peralatan taman / padang seluruh Selangor oleh PBT.
    • Mengadakan telematch tahunan yang melibatkan keseluruhan warga PBT bersama persatuan penduduk mengadakan telematch.
    • Mengadakan Perjumpaan Perbandaran            Bulanan        oleh    Datuk

    Bandar/Yang Di Pertua.

    Mengadakan Facebook PBT dan Twitter PBT .  Menyeragamkan kempen-kempen di PBT.

    Mendemokrasikan PBT.

    • Mengadakan Siaran Secara Langsung Mesyuarat Bulanan. Fokus pada Majlis Bandaraya dan Perbandaran.
    • Memaparkan minit Mesyuarat Bulanan di laman web. Selaras dengan Sek.27 Akta 171.
    • Pemilihan Ahli Majlis Bandaraya dan Perbandaran.
    • Melantik wakil NGO ke Majlis Daerah.
    • Menghadkan tempoh penggal lantikan Ahli Majlis.

    Meningkatkan Kebajikan Warga PBT.

    • Kajian ke atas mewujudkan pegawai kontrak dengan menawarkan gaji yang lebih tinggi, bonus persembahan kerja dan peluang kenaikan pangkat yang lebih menarik.
    • Mempertingkatkan kelengkapan keselamatan untuk penguatkuasa.
    • Menaikkan elaun kerja tambahan masa yang lebih tinggi.Khusus pada penguatkuasa dan pekerja yang bertugas diluar pejabat.  Kajian menggunakan software penilaian prestasi kerja.
    • Menyempurnakan tugas tertangguh.
      • Perlesenan 12 industri burung walit. (Bertemu dengan Persatuan Pengusaha).
      • RUU Fi Lesen. (Taklimat kepada Persatuan Perniagaan) vi. Projek Khas.
      • Perkhidmatan Bas Bandar Percuma.

    Fokus pada Majlis Bandaraya dan Perbandaran mengikut keupayaan dalam menyediakan bas namun dapat memberi perkhidmatan terbaik dengan warna/design yang seragam.

    • Menambahkan anggota penguatkuasa untuk kerja rondaan.

    Fokus pada Majlis Bandaraya dan Perbandaran.

    1. Melibatkan swasta menyertai projek pemasangan CCTV.
    2. Menaiktaraf pasar awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.