Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
111) KERAJAAN TELUS DAN BERTANGGUNGJAWAB
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah dan dari aspek-aspek apakah pendengaran awam SELCAT menjadikan pentadbiran Kerajaan Negeri dilihat telus dan bertanggungjawab?
Pejabat Dewan Negeri
-
Bagaimanakah dan dari aspek-aspek apakah klasifikasi semula maklumat melalui kuasa Seksyen 2A OSA menjadikan pentadbiran Kerajaan Negeri dilihat telus dan bertanggungjawab?
Soalan yang dikemukakan adalah tidak berkaitan dengan seksyen 2A Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] yang memperuntukkan:
“Menambah, memotong atau meminda Jadual”
2A. Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah, memotong atau meminda manamana peruntukan Jadual kepada Akta ini.”
Seksyen yang berkaitan dengan soalan yang dikemukakan adalah seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] iaitu memperuntukkan: “Pengelasan semula rahsia rasmi oleh Menteri atau pegawai awam
2C. Seseorang Menteri atau pegawai awam yang dipertanggungkan dengan apa-apa tanggungjawab tentang mana-mana Kementerian, jabatan atau mana-mana perkhidmatan awam atau Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau ketua pegawai yang menjaga hal ehwal pentadbiran sesuatu Negeri boleh, pada bila-bila masa, mengelaskan semula apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual atau apa-apa suratan rasmi, maklumat atau bahan sebagaimana yang telah dikelaskan dan selepas pengelasan semula itu, suratan, maklumat atau bahan tersebut hendaklah terhenti menjadi rahsia rasmi.”
Berdasarkan kepada peruntukan seksyen 2C di atas, menyatakan Menteri boleh mengelaskan semula apa-apa suratan atau dokumen rasmi kerajaan. Menteri Besar selaku ketua pentadbiran Negeri yang menjaga hal ehwal pentadbiran Kerajaan Negeri, mempunyai kuasa budi bicara sama ada untuk membuat pengelasan semula dokumen atau tidak.
Bagi mewujudkan satu pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab, pengelasan semula dokumen akan dibuat berdasarkan kepada imbangan kepentingan awam dan kepentingan individu (public interest vs individual interest), di mana kepentingan awam akan lebih diutamakan di samping memastikan perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri tidak terjejas.
-
Mengapakah Enakmen FOI akan hanya dilaksanakan di peringkat jabatan dan agensi Kerajaan Negeri tetapi tidak kepada PBT dan GLC?
Preamble kepada Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 memperuntukkan pemakaian Enakmen ini merangkumi setiap jabatan Kerajaan Negeri yang mana setiap individu diberikan hak akses yang munasabah kepada maklumat yang dibuat oleh setiap jabatan Kerajaan Negeri.
Definisi “jabatan” menurut Seksyen 2 Enakmen adalah seperti berikut:-
“jabatan” ertinya mana-mana jabatan Kerajaan Negeri, kerajaan tempatan dan mana-mana entiti yang dimiliki atau dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri
Oleh yang demikian, Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 adalah terpakai kepada semua “jabatan” Kerajaan Negeri yang merangkumi, berdasarkan definisi menurut Seksyen 2, entiti-entiti berikut:-
- Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri – berdasarkan terma “jabatan Kerajaan Negeri” di dalam definisi “jabatan” di Seksyen 2 Enakmen;
- Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan Negeri – berdasarkan terma “kerajaan tempatan” di dalam definisi “jabatan” di Seksyen 2 Enakmen; dan
- Badan-Badan Berkanun dan State Government-linked Companies (GLCs) yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri – berdasarkan terma “mana-mana entiti yang dimiliki atau dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri” di dalam definisi “jabatan” di Seksyen 2 Enakmen.
Walau bagaimanapun, penzahiran maklumat oleh Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan dan GLCs kepada pemohon adalah tertakluk kepada undangundang dan/atau tatacara dan/atau peraturan yang digunapakai oleh entiti-entiti tersebut, seperti kelulusan Lembaga Pengarah dan sebagainya, sebagaimana peruntukan subseksyen 5(2) Enakmen seperti
berikut:-
5(2) Jika maklumat yang hendak diakses oleh mana-mana orang terkandung dalam suatu dokumen yang penzahirannya tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, akses kepada maklumat itu adalah tertakluk kepada undang-undang bertulis itu.