Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

182) KERAJAAN SMART SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan KPI yang ditetapkan bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan Smart Selangor?

    Di peringkat awal perancangan gagasan Smart Selangor, matlamat strategiknya adalah untuk :-

    • Peningkatan Pertumbuhan Ekonomi;
    • Pemastian Perlindungan Alam Sekitar;
    • Peningkatan Kualiti Hidup;
    • Penciptaan Peluang Pekerjaan; dan
    • Kedudukan Fiskal Negeri Yang Lebih Kukuh

    KPI yang lebih terperinci akan dikenal-pasti berdasarkan projek/inisiatif yang akan disenaraikan di dalam dokumen Blueprint Smart Selangor yang dijangka bakal dilancarkan pada bulan Disember 2016.

     

  2. Sub-soalan telah di tolak

Lampiran

Tiada Lampiran.