Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

175) KERAJAAN SELANGOR MENUBUHKAN PASUKAN PETUGAS SEMIKONDUKTOR NEGERI SEBAGAI LANGKAH PENTING KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT MENJADI HUB REKA BENTUK CIP GLOBAL

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memperkasakan Industri Semikonduktor sedia ada khususnya di kawasan Zon Industri Bebas Telok Panglima Garang?

    Kerajaan Negeri Selangor masih belum mempunyai perancangan khusus bagi industri semikonduktor di Zon Industri Bebas Telok Panglima Garang pada masa ini. Namun, tumpuan diberikan kepada pembangunan ekosistem industri semikonduktor, termasuk kejayaan Taman Reka Bentuk IC Semikonduktor Malaysia di PFCC, Puchong, serta pembangunan Taman Reka Bentuk IC Semikonduktor Malaysia kedua di Cyberjaya yang dijangka bakal memulakan operasi pada suku kedua atau ketiga tahun ini.

    Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat permintaan daripada syarikat berkaitan semikonduktor untuk beroperasi di mana-mana zon industri di Selangor, Kerajaan Negeri bersedia memberikan sokongan yang sewajarnya termasuk di kawasan Telok Panglima Garang bagi memastikan pertumbuhan sektor ini terus diperkasakan.

    Pada masa ini, terdapat dua (2) syarikat berkaitan produk Elektrik dan Elektronik (E&E) yang beroperasi di Zon Industri Bebas Telok Panglima Garang iaitu RENESAS Malaysia dan Amkor Technology Malaysia Sdn Bhd.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.