Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
81) KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan maklumat terperinci mereka yang tergolong dalam kategori miskin (pendapatan sekeluarga kurang daripada RM1,500) mengikut pecahan PBT dan kaum. (jumlah penduduk, jumlah yang miskin)
Kajian masih dijalankan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai golongan
miskin yang berpendapatan kurang dari RM1,500 seisirumah. Walau bagaimanapun
dianggarkan bahawa sebanyak 8% penduduk Selangor akan tergolong di dalam
kategori miskin dan berpendapatan kurang dari RM1,500. -
Apakah dasar kerajaan dalam mengurangkan jurang perbezaan pendapatan yang semakin meningkat dalam masyarakat khasnya dalam negeri Selangor?
Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa dasar bagi mengurangkan jurang
perbezaan pendapatan penduduk negeri Selangor. Dasar-dasar tersebut adalah seperti
berikut :-
i. Pembasmian Kemiskinan Tegar
ii. Kerajaan Prihatin
iii. Perumahan Mampu Milik Untuk Semua -
Senaraikan dengan terperinci badan-badan yang terlibat dalam pembinaan semula rumah keluarga miskin di Selangor. (nama badan, bentuk bantuan, jumlah peruntukan).
Program pembinaan serta baik pulih rumah yang dilaksanakan di bawah Program
Kerajaan Prihatin adalah dibiayai oleh anak syarikat kerajaan negeri Selangor seperti
berikut:-
BIL ANAK SYARIKAT/AGENSI JUMLAH
PERUNTUKAN
1. Permodalan Negeri Selangor Berhad RM1,000,000
2.
Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor RM1,000,000
3.
Perbadanan Kemajuan Pertanian
Selangor RM1,000,000
4. Kumpulan Darul Ehsan Berhad RM1,000,000
5. Lembaga Zakat Selangor RM1,000,000
6. Worldwide Holdings Berhad RM1,000,000
JUMLAH KESELURUHAN RM6,000,000