Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
64) KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah program kerajaan prihatin, selama ini mencapai matlamat dalam mempertingkatkan taraf kehidupan masyarakat?
Program Kerajaan Prihatin bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah yang selesa sebagai tempat berteduh.
Objektif program ini diwujudkan adalah untuk memberi bantuan membina semula rumah yang keseluruhannya terlalu daif dan tidak boleh lagi dibaiki pada harga RM25,000.00 sebuah. Rumah yang dibina lengkap dengan tiga (3) bilik tidur dan bilik air serta berkeluasan 560 kaki persegi termasuk pendawaian dalaman elektrik dan pemasangan paip air dalaman; atau memberi bantuan membaik pulih bahagian rumah ibu yang mengalami kerosakan pada kos tidak melebihi RM7,000.00.
Sejumlah 163 buah rumah telah diluluskan bagi tujuan bina baru dan baik pulih sehingga Oktober 2008. Berikut adalah pecahannya ;
Bil Daerah Jumlah 1. Klang 24 2. Petaling 4 3. Kuala Langat 18 4. Hulu Langat 13 5. Sabak Bernam 40 6. Kuala Selangor 21 7. Gombak 13 8. Hulu Selangor 13 9. Sepang 17 -
Apakah program-program yang bersifat memberi kesan jangka masa panjang dan mengajar berdikari, yang dirancang untuk tahun ini untuk meningkatkan ekonomi masyarakat?
Kerajaan Negeri melalui Bajet 2009 telah menggariskan lima (5) strategi khusus bagi memastikan kestabilan ekonomi Negeri Selangor seterusnya menangani masalah kemiskinan. Antara strategi tersebut ialah :
Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)
Antara program MES yang telah dilaksanakan bagi Fasa 1 termasuklah program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Bekalan Air Percuma, Hadiah Anak Masuk Universiti, Bantuan Warga Usia Emas, Pusat Khidmat Kisi Sehenti (OSCC) dan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.
Selain dari itu beberapa program MES yang akan dilaksanakan secara berfasa khusus untuk golongan berpendapatan rendah termasuklah Caruman Takaful bagi OKU/Anak Yatim, Bantuan Kepada Peniaga Muda, Bimbingan Perniagaan Kepada Belia, Bantuan Anak ke Nurseri RM75 sebulan/orang, Bantuan Anak Pra Sekolah RM50 sebulan/orang, Bantuan Mendirikan Rumah Tangga, Elaun Ibu Tunggal, Elaun Khas Suri Rumah dan Bantuan memiliki Kediaman.
Menerusi program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dijangka dapat mengurangkan beban rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dalam menghadapi krisis ekonomi global dan kemiskinan di Negeri Selangor.
Selain itu Kerajaan Negeri Juga telah merangka program-program yang dilihat dapat membantu golongan miskin di Selangor mendapat bantuan yang sewajarnya dengan menyediakan bantuan seperti berikut;
- Program Kerajaan Prihatin
Program Kerajaan Prihatin bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah yang selesa sebagai tempat berteduh.
Objektif program ini diwujudkan adalah untuk memberi bantuan membina semula rumah yang keseluruhannya terlalu daif dan tidak boleh lagi dibaiki pada harga RM25,000.00 sebuah. Rumah yang dibina lengkap dengan tiga (3) bilik tidur dan bilik air serta berkeluasan 560 kaki persegi termasuk pendawaian dalaman elektrik dan pemasangan paip air dalaman; atau memberi bantuan membaik pulih bahagian rumah ibu yang mengalami kerosakan pada kos tidak melebihi RM7,000.00.
- Program ”Blueprint” Kemiskinan
Program ”blueprint” merupakan program bantuan peralatan yang diberikan kepada golongan sasar yang mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang contohnya; a. Kemahiran jahitan
- Kemahiran masakan
- Kemahiran perniagaan
- Program Kemahiran Teknikal
Program ini diwujudkan adalah untuk membantu anak-anak golongan sasar untuk mendapatkan pendidikan tertinggi dengan menyediakan sejumlah 170 tempat setiap tahun di INSPENS. Tujuan program akan memberi peluang kepada anak-anak golongan sasar yang keciciran atau tidak mampu untuk menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi. iv) Program Kesihatan
Program Kesihatan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan sasar untuk mendapatkan bantuan kesihatan dalam dua jenis penyakit iaitu;
- Katarak Mata
- Dialisis Buah Pinggang