Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

183) KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah permohonan yang berjaya memohon peruntukkan dari kerajaan prihatin?

    Program Kerajaan Prihatin telah diwujudkan pada 2001 bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman dan tempat tinggal  yang  Sebanyak 3184 permohonan telah berjaya menerima bantuan bina baru dan baik pulih daripada Kerajaan Negeri dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 45,464,947.00. Statistik penerima bagi Program Kerajaan Prihatin adalah seperti di Lampiran B.

  2. Bagaimanakah kesannya di masyarakat?

    1. Objektif Program Kerajaan Prihatin adalah untuk memberi bantuan membina semula rumah yang keseluruhannya terlalu daif dan tidak boleh dibaiki serta memberi bantuan membaik pulih rumah yang mengalami kerosakan kepada kumpulan sasar. Program ini bertujuan membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk memiliki rumah yang lebih selesa dan sempurna. Melalui sumbangan yang diberikan oleh anak-anak syarikat Kerajaan Negeri pada setiap tahun, sedikit-sebanyak dapat meringankan  beban golongan yang tidak berkemampuan mempunyai kediaman untuk berteduh dan secara tidak langsung anak-anak syarikat Kerajaan Negeri dapat melunaskan tanggungjawab sosial mereka kepada yang

     

    Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri hanya membantu mereka yang  benar-benar  layak kerana Kerajaan Negeri telah menerima lambakan permohonan daripada golongan-golongan muda dan berkemampuan. Ini menyebabkan permohonan- permohonan lambat diproses kerana pihak UPEN terpaksa menyiasat setiap  permohonan yang di terima.

     

     

     

     

     

    LAMPIRAN B

     

     

    STATISTIK PENERIMA BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN NEGERI Selangor TAHUN 2011 SEHINGGA 2010

     

     

     

    Bil. DAERAH BILANGAN RUMAH JUMLAH
    BINA BARU BAIK PULIH
    1 KLANG 159 97 256
    2 PETALING 74 29 103
    3 KUALA LANGAT 238 137 375
    4 HULU LANGAT 153 73 226
    5 SABAK BERNAM 519 301 820
    6 KUALA Selangor 321 248 569
    7 GOMBAK 189 153 342
    8 HULU Selangor 145 97 242
    9 SEPANG 127 124 251
    JUMLAH KESELURUHAN 1952 1259 3184

Lampiran

Tiada Lampiran.