Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

12) KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah konsep pelaksanaan program Kerajaan Prihatin?

    Konsep pelaksanaan Program Kerajaan Prihatin adalah, Program ini merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah yang selesa sebagai tempat berteduh dan secara tidak langsung dapat membantu golongan sasar untuk keluar dari garis kemiskinan. Proses pemberian bantuan Program Kerajaan Prihatin adalah melalui permohonan daripada pemohon kepada Pejabat Daerah dan dipanjangkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (Seksyen Sektoral). Kajian atau siasatan akan dilaksanakan melalui proses turun padang dan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Rumah Program Kerajaan Prihatin yang akan diadakan secara berkala. Keputusan mesyuarat tersebut akan dibawa untuk pengesahan Ketua Jabatan dan Pegawai Daerah untuk makluman dan lantikan kontraktor untuk proses berikutnya.

  2. Nyatakan manfaat hasil program yang dilaksanakan?

    Manafaat yang diperolehi daripada Program Kerajaan Prihatin, selain dapat memberi keselesaan kepada mereka yang kurang berkemampuan, program ini juga dapat meningkatkan taraf kehidupan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan statistik kemiskinan di Negeri Selangor serta mewujudkan kehidupan yang sihat, selesa dan sistem kekeluargaan yang lebih baik dengan menyediakan keperluan asas yang sempurna.

  3. Beri statistik rakyat yang terlibat dalam program ini?

    1. Berikut ini adalah statistik penerima bagi bantuan Program Kerajaan Prihatin:

     

    JUMLAH BANTUAN PROGRAM KERAJAANPRIHATIN DARI TAHUN 2008 – 2012 MENGIKUT PECAHAN DAERAH DAN KAUM

    BIL DAERAH 2008     2009     2010     2011     2012     JUMLAH
    BINA BARU   BAIKPULIH BINA BARU   BAIKPULIH BINA BARU   BAIKPULIH BINA BARU   BAIKPULIH BINA BARU   BAIKPULIH
      M C I M C I M C I M C I M C I M C I M C I M C I M C I M C I  
    1 Klang 20 10 29 2 13 11 1 1 8 1 13 2 12 1 2 126
    2 Petaling 7 15 1 3 4 5 2 1 3 2 1 2 46
    3 Kuala Langat 23 13 1 17 14 16 2 14 8 1 16 1 126
    4 Hulu Langat 10 3 6 1 12 5 2 8 10 1 5 1 1 1 1 67
    5 Sabak Bernam 27 2 2 59 8 1 43 1 2 8 1 5 3 22 1 185
    6 Kuala

    Selangor

    13 1 34 18 4 22 1 2 13 2 1 14 1 1 12 1 1 17 2 4 1 165
    7 Gombak 12 2 15 12 1 1 11 2 7 1 5 2 13 2 86
    8 Hulu

    Selangor

    5 1 8 5 3 10 5 2 2 4 1 8 3 1 2 3 63
    9 Sepang 7 10 1 9 13 2 2 1 11 2 2 7 67
      JUMLAH 124 2 6 152 1 1 119 5 9 141 3 2 57 7 11 79 1 5 63 6 14 97 8 7 3 0 4 3 1 0 931
    Petunjuk Kaum  
    M Melayu  
    C Cina  
    I India  

Lampiran

Tiada Lampiran.