Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

114) KERAJAAN MENGADAKAN/ MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN BAS SELANGORKU DARI PUCHONG PERMAI KE HOSPITAL BESAR SERDANG

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bolehkah kerajaan mengadakan/menyediakan perkhidmatan Bas Selangorku dari Puchong Permai ke Hospital Besar Serdang?

    Melalui penelitian saya, dua soalan telah ditanyakan tentang perkara berkaitan laluan Bas Smart Selangor. Soalan-soalan tersebut datangnya dari:

    No

    Soalan

    Nama

    ADUN

    Tajuk Soalan
    153. Dusun Tua KEPERLUAN BAS SMART SELANGOR DI HULU LANGAT

     

    a)                 Adakah             Kerajaan             bercadang             untuk mempertimbangkan keperluan Bas Smart Selangor melalui Jalan Bukit Ampang dari Ampang ke Pekan Hulu Langat memandangkan laluan tersebut sekarang ramai penggunanya dan menjadi laluan pintas ke Gombak dan ke Putrajaya?

     

    b)                 Jika ya, nyatakan perancangannya

    Izinkan saya untuk menjawab bersekali soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung permohonan Bas Smart Selangor di laluan-laluan yang dipohon.

    Sambutan terhadap perkhidmatan Bas Smart Selangor yang sangat memberangsangkan telah memberikan maklum balas yang positif kepada Kerajaan Negeri untuk sentiasa menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Kerajaan Negeri juga akan memberi fokus kepada penambahbaikan perkhidmatan Bas Smart Selangor dan tambahan laluan-laluan baru yang akan dilakukan berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor iaitu:

     

    • Menepati struktur Bus Network Revamp oleh SPAD iaitu tidak bertindih dengan laluan operator perkhidmatan bas sedia ada;
    • Perlu mengutamakan laluan kawasan-kawasan tumpuan pembangunan, perumahan padat dan jalan yang tidak dilalui oleh perkhidmatan bas lain;
    • Lokasi bagi laluan bas percuma ini adalah di kawasan tumpuan kemudahan awam seperti pusat kesihatan, pejabat kerajaan, sekolah, stesen komuter, stesen LRT dan sebagainya serta kawasan komersil dan kompleks perniagaan; dan
    • Mempunyai connectivity dengan sistem pengangkutan yang lain seperti stesen komuter atau stesen LRT/MRT/BRT.

     

    • Bagi laluan yang dimohon oleh Yang Berhormat Seri Serdang, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) perlu melihat kesesuaian laluan tersebut berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan seterusnya mengemukakan cadangan tersebut kepada Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, laluan ke Hospital Besar Serdang telah diambil kira di dalam laluan ke-4 Bas Smart Selangor MPSJ (SJ04A) iaitu laluan KTM Komuter Serdang sehingga ke Hospital Serdang.
    • Manakala bagi laluan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Dusun Tua, Pihak Berkuasa Tempatan akan diminta bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menjalankan kajian keperluan dan permintaan serta mengkaji kesesuaian laluan bagi operasi di kawasan ini demi keselamatan

Lampiran

Tiada Lampiran.