Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
156) KERAJAAN FEDERAL
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah hak-hak utama sepatutnya Selangor dapat dari Kerajaan Federal?
Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan bahawa Perlembagaan atau Undangundang Tubuh Negeri mesti dibaca berasaskan Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, penyusunan pentadbiran dan kewangan tidak memberikan gambaran
yang sempurna tentang sistem Persekutuan Malaysia.
Jaminan dan Hubungan Persekutuan kepada Negeri dinyatakan dalam Perkara 70
sehingga Perkara 95E Perlembagaan Persekutuan bersangkutan pelbagai isu.
Bagaimanapun, hak-hak negeri tidak diperuntukkan secara jelas dan bertindih dengan
kuasa kerajaan pusat. Dengan ini wujud pelbagai masalah yang berkaitan dengan
perlembagaan yang boleh menimbulkan konflik dalam hubungan kerajaan negeri
dengan kerajaan pusat. Di antara masalah-masalahnya ialah berkaitan dengan hak-hak
negeri, tanah, imigresen dan kewangan antaranya:
i) Pentadbiran
Selangor bergantung kepada persekutuan dalam konteks mengambil pegawai
khususnya Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) untuk berkhidmat di peringkat Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah.
Yang mungkin mengelirukan bagi penjawat awam ialah sama ada pegawai ambilan
negeri atau yang mewakili Persekutuan di peringkat negeri berkhidmat dengan
mematuhi kepentingan negeri atau Persekutuan sekiranya berlaku perbezaan pendapat.
ii) Peruntukan
Hal Beban Kewangan dinyatakan dalam Perkara 82 berkaitan biaya belanja untuk
senarai bersama. Negeri berhak mendapat peruntukan daripada Persekutuan namun
tidak dinyatakan secara terperinci jumlah dan bagaimana peruntukan ini patut diagihkan.
Peraturan kewangan persekutuan memperlihatkan kecenderungan ke arah pemusatan.
Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa dalam aspek kewangan untuk mengurangkan
dan melambat-lambatkan pemberian kewangan.
iii) Tanah dan Kerajaan Tempatan
Meskipun kerajaan negeri mempunyai kuasa dari peruntukan undang-undang berkaitan
tanah dan kerajaan tempatan, di peringkat Persekutuan juga telah diwujudkan Kanun
Tanah Negara 1960 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Selain itu terdapat Majlis Tanah
Negara dan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang boleh masuk campur atau
memberi tekanan kepada urusan kerajaan negeri berkaitan hal ini. -
Apakah hak-hak yang diingkari Federal menunaikannya?
Beberapa contoh tekanan Persekutuan kepada kerajaan negeri adalah dalam bentuk:
i) Mengurangkan peruntukan yang biasa diberi kepada kerajaan negeri Selangor
dan sebahagiannya dialihkan dalam bentuk Projek Persekutuan.
ii) Menghalang pegawai persekutuan memberikan kerjasama kepada program dan
mesyuarat kerajaan negeri sebagaimana yang dilakukan oleh YB Dato’ Noh
Omar dalam projek peningkatan hasil padi.
iii) Mewujudkan satu jawatankuasa penduduk persekutuan (JPP) di peringkat akarumbi kampung dan pendudukan perumahan. -
Apakah tindakan Ð misalnya undang-undang yang akan diambil oleh Negeri Selangor?
Kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk mendukung kempen PerlembagaanKu
oleh Majlis Peguam dan telah menaja cetakan brochure berkaitan isu Hubungan
Persekutuan dan Negeri berjumlah RM50 ribu. Pendekatan yang diambil lebih banyak
dalam bentuk penerangan kerana tafsiran Perlembagaan itu luas dan di manipulasi oleh
kerajaan Persekutuan yang tidak berminat memahami Semangat Perlembagaan.
Kerajaan negeri telah menulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengkaji
perlaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Kerajaan negeri juga konsisten
membuat kenyataan akan pencabulan amalan Persekutuan ini namun belum bercadang
mengambil apa-apa tindakan perundangan berkaitannya sekarang.