Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
90) KERAJAAN DIGITAL
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah garis masa untuk membentuk perkhidmatan Kerajaan Negeri Selangor untuk penggal ini?
Garis masa untuk membentuk perkhidmatan Kerajaan Negeri Selangor adalah berdasarkan kepada perancangan yang telah dibuat melalui:
- Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021 – 2025
Rancangan Selangor Pertama ini merangkumi empat (4) tema strategi, lima (5) pemangkin dasar dan 262 projek serta inisiatif yang merangkumi 19 pemacu perubahan atau game changer projects.
Empat (4) tema strategi dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) adalah:
- Ekonomi
- Kelestarian
- Sosial
- Tadbir Urus
Melalui Rancangan Selangor Pertama (RS-1), Kerajaan Negeri Selangor merancang:
- Membina kerajaan S.M.A.R.T. yang setujuan, produktif, tangkas, dan bertanggungjawab dalam menyampaikan mandate
- Pendekatan berpaksikan Rakyat
- Mempelbagaikan sumber hasil dan mengadaptasi transformasi teknologi untuk memacu penyampaian perkhidmatan awam
- Lima (5) sektor tumpuan, 12 strategi utama dan 51 projek, program dan inisiatif
- Pelan Strategik Pendigitalan Pentadbiran SUK Selangor (PSPPSUK) 2021-2025
PSPPSUK 2021-2025 merupakan dokumen yang menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan pendigitalan perkhidmatan SUK Selangor bagi tempoh 2021 hingga 2025. Selaras dengan visi Pelan Strategik SUK Selangor 2023-2025 sebagai Selangor Negeri “Smart, Caring and Resilience”, PSPPSUK 2021-2025 bertujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi dalam perkhidmatan awam, meningkatkan kebolehcapaian dan meningkatkan kecekapan operasi kerajaan negeri.
PSPPSUK 2021-2025 telah menggariskan empat (4) teras stategik pendigitalan iaitu:
- Pemantapan Infostruktur Secara Inklusif dan Bersepadu;
- Pengukuhan Infostruktur Pendigitalan Stabil dan Mampan;
- Pemerkasaan Persekitaran Pendigitalan Pentadbiran Negeri dan;
- Pengukuhan Kepakaran dan Kepimpinan Strategik Pendigitalan Pentadbiran Negeri. Berpandukan Visi, Misi dan Teras Strategik Pendigitalan,
Beberapa strategi dan program telah dirancang untuk dilaksanakan bagi memastikan matlamat “Selangor Negeri Pintar Berdayahuni di ASEAN 2025” dapat dicapai.
Pemantauan Berkala Pelaksanaan PSPPSUK Selangor 2021-2025 turut dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji dan menilai keberkesanan pelaksanaan PSPPSUK, mengenal pasti cabaran yang dihadapi dan mencadangkan pelarasan atau penambahbaikan yang sesuai untuk memastikan PSPPSUK terus relevan dengan visi dan matlamat kerajaan negeri.
- Smart Selangor Action Plan (SSAP)
Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh SSDU Innovations Sdn Bhd (SDU) adalah berpandukan Smart Selangor Action Plan (SSAP) 2025. Fokus utama SSDU dalam menjadikan Negeri Selangor terbahagi kepada empat (4) domain utama iaitu Smart Government, Smart Economy, Smart Community dan Smart Digital. Inisiatif di bawah domain Smart Government memainkan peranan penting dalam membentuk perkhidmatan Negeri Selangor secara digital dan kini peratusan kemajuan di bawah domain ini adalah sebanyak 59%.
Smart Government
Matlamat Smart Government adalah untuk menghasilkan tiga (3) outcome utama iaitu:
- Memudahkan rakyat Selangor dan peniaga di Selangor untuk berurusan dengan kerajaan negeri;
- Menjadi kerajaan berasaskan data (data-driven) untuk meningkatkan responsif perkhidmatan di Selangor; serta
- Menjadi kerajaan berkebolehan tinggi yang sentiasa fit untuk era digital.
Kesemua perancangan di atas akan dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan.