Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
285) KERACUNAN MAKANAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Insiden maut melibatkan keracunan makanan di Gombak baru-baru ini satu insiden menyayat hati. Perincikan statistik kes keracunan makanan Negeri Selangor tahun 2023?
SPBT
Sepanjang tahun 2023, sebanyak 2,646 kes keracunan makanan (KRM) tanpa kematian telah dilaporkan berlaku di seluruh Negeri Selangor dengan kadar insiden adalah 35.2 per 100,000 penduduk. Jumlah ini adalah penurunan sebanyak 12.8 peratus berbanding data tahun 2022 yang mana kadar insiden adalah 40.4 per 100,000 penduduk.
Bagi tahun 2023, sejumlah 84 episod wabak KRM telah berlaku. Majoriti insiden KRM telah berlaku di rumah persendirian iaitu sebanyak 50 episod, 30 episod (35.7%) melibatkan institusi pendidikan, iaitu 11 episod di sekolah menengah, 11 episod di sekolah rendah, 6 episod di Institusi Pengajian Tinggi dan 2 episod di Taska atau Tadika. Manakala selebihnya berlaku di tempat kerja, institusi tahanan dan lain-lain.
Jenis agen atau bakteria yang paling kerap menyebabkan KRM adalah Bacillus cereus (36%), Coliform (30%), E coli (23%), Staphylococcus aureus (8%) dan Salmonella spp. (3%). Faktor penyumbang utama kepada kejadian KRM adalah tempoh masa antara penyediaan makanan dan masa makan (Holding Time melebihi 4jam) yang panjang (20%), pencemaran silang (20%), bahan mentah tercemar (11%) dan peralatan hidangan tercemar (11%).
JKNS
Sepanjang tahun 2023, sebanyak 2,646 kes keracunan makanan (KRM) tanpa kematian telah dilaporkan berlaku di seluruh negeri Selangor dengan insiden 35.2 per 100,000 penduduk. Penurunan sebanyak 12.8% berbanding tahun 2022 (40.4 per 100,000 penduduk). Sejumlah 84 episod wabak KRM telah berlaku. Majoriti berlaku di rumah persendirian. Sebanyak 30 episod (35.7%) melibatkan institusi pendidikan, iaitu 11 episod di sekolah menengah, 11 episod di sekolah rendah, 6 episod di Institusi Pengajian Tinggi dan 2 episod di TASKA/ Tadika. Manakala selebihnya berlaku di tempat kerja, institusi tahanan dan lain-lain. Jenis agen yang paling kerap menyebabkan KRM adalah Bacillus cereus (36%), Coliform (30%), E coli (23%), Staphylococcus aureus (8%) dan Salmonella spp. (3%). Faktor penyumbang utama adalah tempoh masa antara penyediaan makanan dan masa makan (Holding Time >4jam) yang panjang (20%), pencemaran silang (20%), bahan mentah tercemar (11%) dan peralatan hidangan tercemar (11%).
Langkah-langkah pencegahan telah dan akan dilaksanakan secara berterusan, termasuk:
- Menjalankan promosi kesihatan kepada semua lapisan masyarakat melalui media konvensional dan media sosial.
- Memastikan semua pengendali makanan menjalani latihan di Sekolah Pengendali Makanan.
- Menjalankan pemeriksaan berkala secara berjadual di premis makanan mengikut kategori risiko.
- Menjalankan penguatkuasaan undang-undang samada menggunakan Akta Makanan atau Akta Kawalan Penyakit Berjangkit.
- Meneruskan taklimat/ kursus dan town hall meeting dengan semua pengendali makanan di sekolah dan guru kesihatan.
Terdapat beberapa langkah yang telah dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi mengelakkan tragedi yang sama berulang antaranya adalah:
- Aktiviti pemeriksaan dan penguatkuasaan yang berterusan bagi premis makanan di sekolah dilakukan dua (2) fasa setahun. Fasa Pertama dari bulan Januari hingga Jun dan Fasa Kedua bermula dari bulan Julai hingga Disember. Antara elemen pemeriksaan yang diperiksa adalah seperti kebersihan premis makanan, kebersihan pengendali makanan, suntikan anti-tifoid dan sijil latihan pengendali makanan.
- Aktiviti taklimat keselamatan makanan dijalankan setiap tahun seperti Pemeriksaan Sendiri (KENDIRI) kepada kantin sekolah rendah dan menengah serta Program Keselamatan Makanan (ProKEM) kepada dapur asrama sekolah. Selain itu, aktiviti pemantauan bagi ProKEM juga dilaksanakan kepada dapur asrama sekolah setiap tahun.
- Advokasi keselamatan makanan kepada pengendali makanan dan orang awam dijalankan sepanjang tahun melalui media sosial dan outreach programme secara terus kepada rakyat Selangor.
-
Apa langkah Kerajaan Negeri untuk elak tragedi sama berulang?
Langkah-langkah pencegahan yang telah dan akan dilaksanakan secara berterusan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor adalah seperti berikut:
- Menjalankan promosi kesihatan kepada semua lapisan masyarakat melalui media konvensional dan media sosial;
- Memastikan semua pengendali makanan menjalani latihan di Sekolah Pengendali Makanan;
- Menjalankan pemeriksaan berkala secara berjadual di premis makanan mengikut kategori risiko;
- Menjalankan penguatkuasaan undang-undang sama ada menggunakan Akta Makanan atau Akta Kawalan Penyakit Berjangkit;
- Meneruskan sesi taklimat, kursus dan town hall dengan semua pengendali makanan di sekolah dan guru kesihatan;
- Aktiviti pemeriksaan dan penguatkuasaan yang berterusan bagi premis makanan di sekolah dilakukan dua (2) fasa setahun. Fasa Pertama dari bulan Januari hingga Jun dan Fasa Kedua bermula dari bulan Julai hingga Disember. Antara elemen pemeriksaan yang diperiksa adalah seperti kebersihan premis makanan, kebersihan pengendali makanan, suntikan anti-tifoid dan sijil latihan pengendali makanan;
- Aktiviti taklimat keselamatan makanan dijalankan setiap tahun seperti Pemeriksaan Sendiri (KENDIRI) kepada kantin sekolah rendah dan menengah serta Program Keselamatan Makanan (ProKEM) kepada dapur asrama sekolah. Selain itu, aktiviti pemantauan bagi ProKEM juga dilaksanakan kepada dapur asrama sekolah setiap tahun; dan
- Advokasi keselamatan makanan kepada pengendali makanan dan orang awam dijalankan sepanjang tahun melalui media sosial dan outreach programme secara terus kepada rakyat Selangor.