Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
196) KEPUTUSAN SPM 2023
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah senarai keputusan pelajar Selangor mengikut gred?
Daripada 65,452 calon Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang didaftarkan, seramai 63,728 calon telah hadir menduduki peperiksaan SPM 2023. Beberapa kategori pencapaian calon mengikut gred bagi keputusan pencapaian calon di Selangor. Bagi pencapaian calon cemerlang telah meningkat di Selangor, seramai 2,005 calon berbanding 1,860 calon pada SPM 2022 telah memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran.
Bilangan calon yang memperoleh pencapaian sekurang-kurangnya kepujian atau minima gred C dalam semua mata pelajaran juga telah menunjukkan peningkatan seramai 13,837 pada SPM 2023 berbanding 12,390 calon SPM 2022.
Manakala seramai 21,071 calon telah memperoleh pencapaian sekurang-kurangnya lulus atau gred E dalam semua mata pelajaran yang diduduki pada SPM 2023 berbanding 20,582 calon pada SPM 2022. Pencapaian ini juga menunjukkan peningkatan berbanding pada SPM tahun 2022. Jadual 1 adalah senarai keputusan pencapaian pelajar di Selangor bagi SPM 2023 mengikut gred :
-
Apakah bilangan pelajar yang tidak mengambil SPM tahun 2023 mengikut PPD daerah?
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengambil cakna berkaitan isu pelajar tidak hadir menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2023. Daripada 65,452 calon Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang didaftarkan, seramai 63,728 calon telah hadir menduduki peperiksaan SPM 2023 sekurang-kurangnya satu mata pelajaran mana kala seramai 1,724 calon tidak hadir tidak hadir semua mata pelajaran di Selangor.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor prihatin terhadap isu ini dan telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama-sama Pengetua Sekolah Menengah di negeri Selangor untuk mengenalpasti punca penyebab ketidakhadiran calon menduduki peperiksaan SPM 2023. Hasil dari maklumat setelah Intervensi dilaksanakan di peringkat sekolah, terdapat beberapa faktor penyebab ketidakhadiran calon menduduki peperiksaan semasa SPM 2023 antaranya seperti maklumat yang berikut :
Usaha telah diambil melalui peringkat PPD sehingga di peringkat sekolah-sekolah negeri Selangor untuk memastikan penurunan bilangan calon tidak hadir semua mata pelajaran. Keberkesanan pelaksanaan inisiatif dan program dapat dilihat menerusi data ketidakhadiran SPM 2023 adalah seramai 1724 berbanding seramai 2387 pada SPM 2022. Penurunan bilangan ini menunjukkan usaha-usaha di peringkat Jabatan Pendidikan (JPN) Selangor pada tahun 2023 antaranya pelaksanaan Ziarah Cakna kepada keluarga calon dan sesi Bimbingan dan Kaunseling kepada calon-calon yang bermasalah disiplin dan juga kepada calon-calon yang dikenal pasti mempunyai kecenderungan untuk tidak menghadiri peperiksaan SPM di sekolah mendatang kesan baik dan menunjukkan hasil yang positif.
Jadual 1 menunjukkan bilangan pelajar yang tidak mengambil SPM tahun 2023 mengikut PPD daerah di negeri Selangor.
-
Apakah kerajaan menyediakan platform kepada pelajar yang tidak mengambil SPM?
Platform yang disediakan oleh kerajaan untuk pelajar yang tidak mengambil SPM ialah:
(i) Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC)
Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor atau Selangor Technical Skills Development Centre yang dikenali sebagai STDC merupakan institusi pendidikan teknikal yang bernaung di bawah kerajaan negeri dan Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) sebagai pemegang saham terbesar di dalam syarikat.
Institusi ini menawarkan 10 kursus kemahiran. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://www.beliamahir.com. Syarat kemasukan minimum ke institusi ini ialah:
- Umur 16-25 tahun (Lelaki & Perempuan)
- SIhat tubuh badan
- Boleh 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
- Anak Selangor atau bermastautin di Selangor lebih 11 tahun
- Ibu bapa berpendapatan B40 dan M40 tertakluk kepada terma dan syarat.
- Pemohon mesti lulus temuduga* yang diurus setia oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENS)
Bantuan / kemudahan juga disediakan untuk menyambung pengajian di sini. Antaranya:
- Yuran Pendaftaran PERCUMA
- Yuran Latihan PERCUMA
- Kemudahan Asrama PERCUMA
- Jaminan Pekerjaan
- Jaminan Keselamatan dan Kebajikan melalui NGO
Rujukan laman sesawang :
(ii) Pusat GIATMARA
Pusat GIATMARA menyediakan latihan teknikal dan vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak negara bagi mewujudkan tenaga kerja mahir dan bakal usahawan bumiputera yang berdaya saing. Di Selangor, terdapat 23 Pusat GIATMARA yang menawarkan pelbagai bidang kemahiran. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau manual.
Syarat kemasukan minimum ialah:
- Sihat tubuh badan.
- Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
- Berumur dari 15 tahun dan ke atas.
- Berminat dengan bidang yang dipohon.
Rujukan laman sesawang:
(iii) Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG)
Akademi ini merupakan sebuah institusi TVET di bawah Kementerian Belia dan Sukan dengan 100% jaminan kerjaya untuk belia. Konsep latihan di akademi ini adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan / rekreasi dan khidmat masyarakat.
Di akademi ini menawarkan kursus yang berkaitan dengan pengurusan sukan golf. Akademi ini berpusat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara. Syarat kemasukan minimum ialah:
(i) warganegara Malaysia
(ii) berusia antara 18 – 25 tahun
(iii) tamat tingkatan 5
(iv) boleh membaca dan menulis
(v) belum berkahwin / bujang