Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
64) KEPUTUSAN SPM 2022 SEPULUH SEKOLAH TERBAIK SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Namakan DUN-DUN yang menduduki tempat 1-10 di segi pencapaian 8A+ ke atas.
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sentiasa komited terhadap pencapaian dan kemenjadian murid sekolah. Kemenjadian dan pencapaian secara individu amat ditekankan dan tidak dibuat perbandingan antara individu, mata pelajaran mau pun sekolah. Merujuk kenyataan daripada Datuk Dr. Radzi bin Md. Jidin, Menteri Kanan Pendidikan beftarikh 22 Jun 2022, Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah mengeluarkan kedudukan (“ranking”) mengukur prestasi atau membuat perbandingan antara sekolah berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021. Maka, tiada jawapan yang spesifik pada soalan yang dinyatakan di atas. Sekian.
-
Apakah perkaitan bilangan A+ dengan rating (1-10) prestasi guru-guru Tingkatan Lima.
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sentiasa komited terhadap pencapaian dan kemenjadian murid sekolah. Kemenjadian dan pencapaian secara individu amat ditekankan dan tidak dibuat perbandingan antara individu, mata pelajaran mau pun sekolah. Merujuk kenyataan daripada Datuk Dr. Radzi bin Md. Jidin, Menteri Kanan Pendidikan beftarikh 22 Jun 2022, Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah mengeluarkan kedudukan (“ranking”) mengukur prestasi atau membuat perbandingan antara sekolah berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021. Maka, tiada jawapan yang spesifik pada soalan yang dinyatakan di atas. Sekian.
-
Apakah ciri-ciri utama kepimpinan pengetua di sepuluh sekolah di atas?