Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
119) KEPRIHATINAN KERAJAAN TERHADAP BANTAHAN PEMBINAAN PARIT KONKRIT OLEH PIHAK PEMAJU BANDAR SERENIA (SIME DARBY PROPERTY) DI KAWASAN KAMPUNG AMPAR TENANG DAN KAMPUNG LALANG DENGKIL, DAERAH SEPANG?
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan bantahan oleh penduduk Dengkil terhadap tindakan pencerobohan tanah dan pembinaan parit konkrit di lokasi Lot 5374, Kg Ampar Tenang Dengkil oleh pihak pemaju Bandar Serenia (Sime Darby Property)?
Pembinaan parit konkrit oleh pemaju Bandar Serenia dibina di dalam jajaran rezab parit awam seluas 60’. Tiada pencerobohan tanah berlaku dan juga tiada sebarang perpindahan rumah atau penggalian kubur.
Pembinaan parit ini telah dilaksanakan sejak tahun 2016 dan telah dibincangkan diperingkat kerajaan negeri.
Pembinaan ini merupakan syarat yang telah diwajibkan kepada pemaju Bandar Serenia sebagai kaedah penyelesaian banjir di Kg. Ampar Tenang.
Projek ini dilantik pada 27 Disember 2021 oleh pihak Sime Darby dan dijangka siap dalam tempoh sembilan (9) bulan dari tarikh lantikan iaitu pada bulan Oktober .
Walau bagaimanapun, sehingga kini projek telah tertangguh selama dua (2) bulan kerana berlaku bantahan daripada segelintir penduduk.
Oleh yang demikian, mesyuarat pelarasan pada 22hb Februari 2022 telah dibuat antara Pejabat Daerah/ Tanah Sepang, Jabatan Perparitan Saliran Sepang, Majlis Perbandaran Sepang serta Polis Diraja Malaysia bagi melancarkan dan menyelesaikan isu bantahan. Hasil daripada perbincangan mesyuarat Pegawai Daerah akan membuat hearing untuk melihat isu bantahan dalam kadar segera.