Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

85) KEPRIHATINAN KERAJAAN NEGERI TERHADAP RAKYAT ROHINGYA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah kepekaan/ keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap rakyat Rohingya?

    Kerajaan Negeri memandang berat mengenai isu semasa yang melibatkan rakyat Rohingya yang mana mereka merupakan kelompok minoriti Islam di Myanmar. Sebagaimana Belanjawan 2018 Negeri Selangor yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan pendirian tegas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengklasifikasikan jenayah pembunuhan umat Islam Rohingya sebagai genocide. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menyalurkan dana bantuan kemanusiaan berjumlah RM1.5 juta menerusi Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan Malaysian Life Line For Syria (MLLFS) yang diterajui oleh WADAH-ABIM-PKPIM.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.