Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

222) KEPIMPINAN WANITA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perincikan statistik wanita di peringkat pembuat keputusan termasuk dalam Sektor Awam, anak syarikat Kerajaan Negeri, Ahli Majlis dan Ketua Kampung.

    Perincian statistik wanita di peringkat pembuat keputusan adalah seperti berikut:

  2. Bagaimanakah pelaksanaan Sidang Wanita Negeri Selangor bagi tahun 2024?

    Sidang Wanita Selangor 2024 atau SIWANIS merupakan program simulasi Sidang Dewan Negeri Selangor yang bertujuan untuk mengumpulkan wanita dalam satu platform bagi membentuk pemimpin wanita yang lebih berkualiti, berkemahiran dalam menguasai isu-isu serta dasar-dasar penting, dan mengamalkan tadbir urus yang baik ke arah mencapai kesaksamaan gender, terutamanya di peringkat pembuatan keputusan dan dasar. SIWANIS pada tahun ini memiliih tema #SIWANIS50 iaitu mensasarkan 50 peratus perwakilan wanita di peringkat Dewan Negeri Selangor. Ini merupakan langkah signifikan ke arah meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang politik dan pembuatan keputusan, serta memperkukuhkan suara wanita dalam pelbagai isu kritikal yang mempengaruhi masyarakat. Pelaksanaan SIWANIS bagi tahu 2024 merangkumi beberapa komponen iaitu;

    1. Pelancaran dan Bengkel Siri 1
    2. Sesi turun padang bersama ADUN
    3. Guest Lecture 1
    4. Bengkel Siri 2
    5. Guest Lecture 2
    6. Lawatan ke Sidang DUN
    7. Sidang Kemuncak SIWANIS
    8. Majlis Anugerah SIWANIS 2024

    SIWANIS bermula dengan pemilihan dan penetapan kriteria untuk memastikan wanita yang terpilih mampu untuk membawa isu-isu dan dasar yang bakal dibincangkan dan peserta harus menetap di Negeri Selangor. Seramai 80 peserta dipilih ke Bengkel Siri 1 dengan modul pembangunan kapasiti termasuk pendedahan mengenai proses pembuatan dasar dan memahami isu-isu dasar menerusi lensa gender bersama tenaga pengajar yang berpengalaman luas. Mereka kemudiaannya disaring melalui sesi pembentangan kumpulan dan pengucapan awam bagi pemilihan 56 orang peserta yang diangkat sebagai perwakilan untuk ke Bengkel Siri 2 dan seterusnya Kemuncak SIWANIS.

    Melalui Bengkel Siri 2, perwakilan didedahkan mengenai Sistem Westminster, prosedur dan protokol Dewan Negeri Selangor serta media komunikasi dan kempen. Perwakilan turut membincangkan topik perbahasan dan usuI dalam kumpulan bagi memberikan gambaran dan praktikal kepada para perwakilan dalam mengumpul fakta, gaya perbahasan dan teknik balas soalan secara berkelompok. Para perwakilan dibahagikan kepada tujuh kumpulan berdasarkan 7 fokus isu yang dipimpin oleh fasilitator yang memberi tunjuk ajar kepada para perwakilan tentang simulasi sidang dewan, kaedah perbahasan dan tatacara bersidang.

    SIWANIS 2024 kali ini menambahbaik pengisian dengan menampilkan para mentor yang terdiri daripada 56 orang Ahli Dewan Negeri Selangor dan Penyelaras. Para perwakilan berpeluang turun padang sehari bersama mentor bagi merasai pengalaman sebenar perjalanan sebagai wakil rakyat di samping dapat mengetahui isu dan permasalahan rakyat. Selain itu, terdapat 2 sesi bersama pakar melalui ‘Online Guest Lecture’ sebagai platform perkongsian ilmu untuk memahami konteks dan situasi semasa.

    Kemuncak SIWANIS 2024 kali ini juga berpeluang dilaksanakan di platform sebenar sidang iaitu di Dewan Negeri Selangor. Disinilah para perwakilan diberi peluang merasai peranan Ahli Dewan Negeri secara realistik membawa usul di dalam Dewan Negeri. Dari 2 usul yang dibentangkan dan dibahaskan, 1 usul akan dipilih untuk diangkat ke Sidang Dewan Negeri Selangor akan datang pada tahun 2025.

    Sepanjang perjalanan pelaksanaan SIWANIS 2024, para perwakilan akan dinilai di setiap peringkat dari pelbagai aspek. lni bagi memupuk dan menggalakkan setiap perwakilan untuk melakukan yang terbaik dan sentiasa komited mengangkat isu-isu wanita dan dasar berkaitan menerusi lensa gender seterusnya melahirkan pemimpin wanita yang berkualiti. Perwakilan terbaik bakal dinobatkan anugerah yang terdiri daripada Anugerah EXCO Terbaik dan ADUN Kerajaan Terbaik.

Lampiran

Tiada Lampiran.