Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

70) KEPERLUAN MEWUJUDKAN MAJLIS PERBANDARAN KOTA RAJA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Keadaan semasa dalam kawasan Parlimen Kota Raja penduduk dipecahkan kepada 3 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Oleh kerana itu ia bukan sahaja mengelirukan penduduk tetapi juga kontraktor yang menjalankan kerja penyelenggaraan, pemotongan rumput dan sebagainya. Adalah dicadangkan agar diwujudkan segera sebuah pusat bandar baru dengan struktur majlis sendiri dengan seberapa segera. Dalam soalan yang lepas, penjelasan yang diberikan mengenai DUN Sri Muda dalam kawasan Parlimen Kota Raja yang mempunyai hanya 2 PBT adalah tidak tepat sama sekali, soalan saya adakah Exco terlibat memeriksa terlebih dahulu jawapan yang diberikan oleh pegawai-pegawai kerana jawapan yang tidak tepat sebegini menunjukkan pihak berkuasa tempatan sendiri dan pegawai-pegawai kerajaan sendiri tidak tahu tentang sempadan-sempadan kawasan kerja masing-masing. Jelaskan secara terperinci siapakah yang terlibat memberi jawapan ini hinggakan Exco tidak dimaklumkan jawapan yang sebenar

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 25 September
    2008 telah menolak soalan ini.

  2. Adakah kerajaan sedar terdapat pegawai-pegawai yang tidak teliti semasa memberikan jawapan-jawapan dan sekiranya kerajaan menyedarinya apakah tindakan tatatertib yang akan di ambil bagi menyekat pegawai-pegawai ini dari memberikan jawapan yang tidak tepat.

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Keperluan mewujudkan Majlis Perbandaran sendiri di Kota Raja adalah amat mendesak, justeru itu bilakah ianya dapat diwujudkan bagi mengatasi kekeliruan rakyat, pegawai kerajaan dan Exco sendiri.

    Untuk mewujudkan satu PBT baru, pelbagai proses perlu dilakukan seperti
    Pengisytiharan dan penetapan taraf kawasan-kawasan pihak berkuasa tempatan
    (Seksyen 3 Akta 171), Penukaran nama dan taraf, dan pengubahan sempadansempadan (Seksyen 4 Akta 171) dan juga keperluan-keperluan lain seperti di dalam
    Seksyen 5,6,7,8 dan 9 Akta 171. Ini akan mengambil masa yang lama dan panjang
    kerana melibatkan banyak pihak. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah pun
    menghantar permohonan untuk menaik taraf Majlis Perbandaran Klang ke taraf
    Bandaraya. Dijangkakan perkara ini akan selesai setelah permohonan ini diterima.

Lampiran

Tiada Lampiran.