Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

160) KEPERLUAN MENAIKTARAF KLINIK-KLINIK DESA DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan sedar bahawa sebahagian besar klinik desa di Selangor masih kekurangan dari segi kapasiti, kepakaran dan peralatan berbanding negara maju dan perlu dinaiktaraf dengan segera.

    Perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik Desa (KD) adalah khusus kepada perkhidmatan kesihatan ibu dan anak. Skop perkhidmatan adalah untuk melihat kes-kes ber”tag” putih dan berisiko rendah sahaja serta pemeriksaan biasa secara berkala. Perkhidmatan kebanyakannya dikendalikan oleh Jururawat Kesihatan dan Jururawat Masyarakat. Kes-kes yang berisiko tinggi akan dirujuk ke Klinik Kesihatan induk bagi KD tersebut. Oleh itu kemudahan dan peralatan yang disediakan di KD adalah bersesuaian dengan skop perkhidmatan yang disediakan untuk

  2. Jika ya, apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dan kekangan yang dihadapi?

    Memandangkan peningkatan permintaan kepada perkhidmatan kesihatan awam yang tinggi dan untuk meningkatkan tahap kesihatan masyarakat, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah menaiktaraf beberapa Klinik Desa di Selangor kepada Klinik Kesihatan, di mana skop perkhidmatan diperluaskan kepada perkhidmatan untuk kes-kes pesakit luar. Klinik desa yang telah dinaiktaraf kepada klinik kesihatan ialah:

    • Daerah Gombak
    1. Klinik Batu 8 , Gombak
    2. Klinik Ulu Kelang
      • Daerah Hulu Langat
    3. Klinik Balakong
    4. Klinik Sungai Sekamat
      • Daerah Klang
    5. Klinik Bukit Naga
    6. Klinik Rantau Panjang
    • Daerah Kuala Langat
    1. Klinik Batu 10 (Kebun Baru)
    2. Klinik Sg Lang
      • Daerah Kuala Selangor
    3. Klinik Bukit Cerakah
    4. Klinik Sungai Tenggi Kanan
      • Daerah Petaling
    5. Klinik Batu 13 ½ Puchong
    6. Klinik Paya Jaras
      • Daerah Sabak Bernam
    7. Klinik Merbau Berdarah
      • Daerah Sepang
    8. Klinik Sepang

     

Lampiran

Tiada Lampiran.