Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

66) KEPERLUAN DASAR BARU UNTUK PEMBANGUNAN BANDAR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah proses untuk mengubah ketetapan 'plot ratio' (contohnya nisbah 1:4) untuk kawalan pembangunan bercampur, ketumpatan (16-20 unit dalam satu ekar) untuk keperluan perumahan dan nisbah tempat letak kereta yang kini sering kali tidak sesuai dipakai di kawasan bandar kerana masalah trafik dan kepadatan penduduk?

    1. Semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor telah mempunyai Rancangan Tempatan atau Draf Rancangan Tempatan masing-masing yang disediakan mengikut peruntukan Seksyen 12 hingga Seksyen 15 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

     

    Garis Panduan Pembangunan di dalam Rancangan Tempatan  akan  menetapkan  elemen kawalan pembangunan seperti nisbah plot, kawasan plinth, densiti, keperluan tempat letak kereta dan sebagainya bagi menentukan intensiti setiap jenis aktiviti pemajuan tanah seperti perumahan, perdagangan, perindustrian dan lain-lain. Garis panduan ini dijadikan sebagai asas rujukan oleh pihak berkuasa tempatan bagi  mengawal pemajuan tanah terutama semasa proses Kebenaran Merancang

     

    Selain itu, rujukan juga dibuat kepada Manual Garis Panduan dan  Piawaian  Perancangan Negeri Selangor yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Bil.27/2007 bertarikh 26hb. September 2007.

     

    Sekiranya terdapat keperluan untuk meminda nisbah plot/kawasan plinth, densiti dan tempat letak kereta dan sebagainya dalam Rancangan Tempatan, peruntukan Seksyen 16 dan Seksyen 16A Akta 172 hendaklah dipatuhi seperti berikut:

     

    • Subseksyen 16(1) Akta 172 menetapkan pihak berkuasa tempatan boleh pada bila-bila masa, membuat cadangan untuk pengubahan, pembatalan atau penggantian sesuatu rancangan
    • Jawatankuasa Perancang Negeri juga boleh mengarahkan supaya pihak berkuasa tempatan membuat pindaan terhadap rancangan tempatan masing- masing selaras dengan peruntukan subseksyen 16(2).
    • Subseksyen 16(3), memperuntukan supaya pindaan rancangan tempatan hendaklah selaras dengan Rancangan Struktur Negeri dan proses pindaan hendaklah meliputi proses-proses bantahan, proses siasatan dan pendengaran awam serta dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri untuk pertimbangan

     

     

     

    Kesimpulannya dasar-dasar dan peraturan sedia ada boleh disemak  dan  diselaraskan  dengan keperluan dan perkembangan semasa.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.