Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

222) KEPERLUAN BERAS NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jumlah keperluan beras negeri Selangor yang terkini dan anggaran keperluan beras untuk lima tahun yang akan datang?

    Dijawab agensi lain

  2. Berapakah jumlah pengeluaran beras negeri Selangor untuk empat tahun yang lepas dan nilai import beras negeri Selangor untuk empat tahun yang lepas serta senaraikan butir-butirnya. (negara pengeksport, kuantiti beras, nilai dan lain-lain lagi)

    Dijawab agensi lain

  3. Berapakah jumlah keluasan tanah untuk penanaman padi yang terkini dalam negeri Selangor dan apakah perancangan kerajaan Selangor untuk memajukan bidang penanaman padi dan seterusnya mengurangkan kebergantungan negeri Selangor terhadap import beras

    Jumlah keseluruhan kawasan penanaman padi negeri Selangor adalah seluas 18,355 hektar. Perancangan kerajaan negeri Selangor dalam masa terdekat ini adalah untuk meningkatkan hasil purata padi daripada 6.5 tan/halmusim (2007) kepada 7.5 tan/hal musim menjelang penghujung RMK9 (2010).

Lampiran

Tiada Lampiran.