Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
135) KEPADATAN TANAH PERKUBURAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kepadatan tanah perkuburan untuk orang Islam dan bukan Islam terutama di DUN Taman Templer khususnya di Bukit Lagong dan Sungai Tua?
a) Berdasarkan semakan, terdapat beberapa tapak kubur Islam dan bukan Islam di sekitar/ berhampiran kawasan DUN Taman Templer yang telah disediakan seperti berikut:
Bagi tanah perkuburan bukan Islam, tapak yang disediakan adalah masih boleh menampung keperluan penduduk setempat.
Manakala bagi perkuburan orang Islam langkah dan tindakan yang akan diambil adalah :-
1. Membuka semula kubur lama di Lot 1712 Mukim Rawang.
2. Menjalankan kerja-kerja penambakan tanah perkuburan Islam Bukit Lagong,Taman Bukit Idaman, Selayang.
3. Merancang kerja-kerja perataan dan pemotongan bukit tanah perkuburan Islam Seri Gombak.
4. Membuka Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong , Sg Buloh, dan
5. Membuka Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Selayang.