Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

217) KENDERAAN TERBENGKALAI

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kenderaan terbiar yang di tunda dan lupuskan pada tahun 2016 dan 2017.

    Berdasarkan tindakan yang diambil oleh PBT di bawah Seksyen 46 1(e) (Halangan) dan Seksyen 46 3(a), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133),  jumlah kenderaan buruk yang berjaya ditunda oleh penguatkuasa PBT Negeri Selangor pada tahun 2016 adalah sebanyak 3,475 buah kenderaan dan tahun 2017 (Januari – Jun), adalah sebanyak 2,049 buah kenderaan.

    Seterusnya, jumlah keseluruhan kenderaan yang berjaya dilupuskan oleh PBT di seluruh Negeri Selangor bagi tahun 2016 pula adalah sebanyak 2,015 buah kenderaan, manakala tahun 2017 (Januari – Jun) adalah sebanyak 1,026 buah kenderaan.

    Jumlah kenderaan yang telah dituntut semula oleh pemilik kenderaan, masingmasing adalah sebanyak 206 buah kenderaan pada tahun 2016 dan sebanyak 114 buah kenderaan pada tahun 2017 (Januari – Jun). Pecahan bilangan kenderaan buruk yang diambil tindakan mengikut PBT adalah seperti berikut:-

    BIL PBT Jumlah Kenderaan

    Terbiar Yang Ditunda

    Jumlah Kenderaan

    Terbiar Yang

    Dilupuskan

    Jumlah Kenderaan

    Terbiar Yang Dituntut Semula

    2016 2017

    (Jan-Jun)

    2016 2017

    (Jan-Jun)

    2016 2017

    (Jan-Jun)

    1. MBSA 251 233 262 126 18 11
    2. MBPJ 910 514 565 239 53 36
    3. MPSJ 738 558 320 359 36 30
    4. MPS 313 85 135 212 32 16
    5. MPKj 91 107 250 Tiada Tiada 10
    6. MPK 105 74 Tiada Tiada Tiada Tiada
    7. MPAJ 872 437 407 73 52 10
    8. MPSp 115 Tiada 76 Tiada 4 Tiada
    9. MDKS 39 19 Tiada Tiada 2 Tiada
    10. MDKL 15 5 Tiada 17 9 Tiada
    11. MDSB Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada
    12. MDHS 26 17 Tiada Tiada Tiada 1
    JUMLAH KESELURUHAN 3,475 2,049 2,015 1,026 206 114

    ***Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

  2. Nyatakan jumlah kenderaan terbiar yang telah di tuntut semula oleh pemilik

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Huraikan jumlah perbelanjaan yang telah di tanggung & akan di tanggung bagi permasalahan ini.

    Jumlah keseluruhan perbelanjaan yang ditanggung oleh PBT Negeri Selangor dalam usaha menyelesaikan isu kenderaan terbengkalai bagi tahun 2016 adalah sebanyak RM2,482,573.56, manakala bagi tahun 2017 (Januari – Jun) adalah sebanyak RM1,612,867.00.

    Manakala anggaran jumlah perbelanjaan yang akan ditanggung oleh PBT Negeri Selangor bagi menyelesaikan permasalahan ini adalah sebanyak RM1,923,096.72 yang merangkumi kos penyediaan depoh, kos tunda dan melupus kenderaan. Pecahan mengikut PBT adalah seperti berikut:-

    BIL PBT Jumlah

    Keseluruhan Kos Perbelanjaan

    Yang Ditanggung

    Tahun 2016

    (RM)

    Jumlah Kos Keseluruhan Perbelanjaan Yang Ditanggung Tahun 2017
    Yang Telah

    Ditanggung

    (Jan-Jun)

    (RM)

    Anggaran Kos Yang

    Akan Ditanggung

    (Jul – Dis)

    (RM)

    1. MBSA 44,000.00 33,630.00 Tiada
    2. MBPJ 913,140.00 397,869.60 461,330.40
    3. MPSJ 900,000.00 900,000.00 461,330.40
    4. MPS Tiada Tiada Tiada
    5. MPKj 32,100.00 32,100.00 40,000.00
    6. MPK 38,118.72 15,882.80 22,235.92
    7. MPAJ 500,774.64 223,894.60 850,000.00
    8. MPSp 39,850.10 Tiada 40,000.00
    9. MDKS 3,790.00 3,740.00 9,200.00
    10. MDKL 3,000.00 750.00 15,000.00
    11. MDSB Tiada Tiada Tiada
    12. MDHS 7,800.10 5000.00 24,000.00
    JUMLAH KESELURUHAN 2,482,573.56 1,612,867.00 1,923,096.72

Lampiran

Tiada Lampiran.