Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
184) KENDERAAN RASMI MBPJ
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapa kenderaan MBPJ yang bukan dari Jabatan Penguatkuasa (contoh Jabatan Sukan) menggunakan cermin hitam?
Surat arahan kepada Jabatan / Bahagian yang terlibat dengan penggunaan cermin hitam akan dikeluarkan supaya membuka semula penggunaan cermin hitam di kenderaan berkenaan bagi mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan
-
Adakah tindakan ini mendapat kelulusan JPJ dan Kerajaan Negeri?
Penggunaan cermin hitam ini tidak mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kerajaan Negeri