Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

91) KENDERAAN EV DI SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah nisbah antara enjin pembakaran dalam (ICE) dan kenderaan EV yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Pada masa ini, hanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menggunakan kenderaan EV antaranya :-

    1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) – 1 Unit
    2. Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) – 2 Unit
    3. Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) – 1 Unit
    4. Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) – 3 Unit
    5. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) – 1 Unit
    6. Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) – 1 Unit
  2. Apakah rancangan masa depan untuk menggunakan EV sepenuhnya bagi semua kegunaan rasmi kerajaan Selangor?

    Kerajaan Negeri juga sedang mempertimbangkan penggunaan kenderaan EV sebagai kenderaan rasmi Jabatan dalam usaha membantu menjaga alam sekitar dalam meningkatkan penggunaan kenderaan EV. Namun, cadangan ini tertakluk kepada kelulusan dasar dan peruntukan sedia ada Kerajaan Negeri.

     

    Inisiatif ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan komitmen Kerajaan Negeri sebagai pelopor bagi pembangunan EV di Malaysia. Dalam masa yang sama kemudahan atau fasiliti bagi menjayakan agenda ini turut akan dipertingkatkan secara berperingkat dengan mengambil kira kebolehlaksanaan penggunaan EV seperti tempoh pengecasan EV, infrastruktur pengecasan dan kos pertukaran kenderaan secara berperingkat.

Lampiran

Tiada Lampiran.