Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

19) KENDERAAN ELEKTRIK

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah "charging station" bagi kenderaan EV yang telah dibina di Negeri Selangor?

    Berdasarkan data daripada Malaysian Green Technology Corporation (MGTC), jumlah charging station atau Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) di Negeri Selangor adalah sebanyak 484 unit.

  2. Apakah insentif-insentif yang disediakan Kerajaan Negeri bagi mengalakkan lagi penggunaan EV di kalangan rakyat serta menggalakkan pembekal perkhidmatan untuk memasang charging station di negeri ini?

    Pada masa sekarang, Kerajaan Negeri tidak menyediakan insentif khusus untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) serta pembekal perkhidmatan pemasangan atau EVCB. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mengambil maklum perkara ini dan dalam masa yang sama, menyokong penuh insentif yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan seperti berikut:

    1. pengecualian duti import, duti eksais dan cukai jualan.
    2. subsidi rebat tunai motosikal EV

Lampiran

Tiada Lampiran.