Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
20) KENDERAAN BERAT YANG DILETAKKAN DI KAWASAN PERUMAHAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan bilangan aduan yang berkaitan dengan kenderaan berat yang diletakkan di kawasan perumahan dengan mengikut PBT dari tahun 2022-2024?
Sebanyak 4,286 aduan yang diterima oleh PBT Negeri Selangor dari tahun 2022 hingga 2024 berkenaan kenderaan berat yang diletakkan di kawasan perumahan . Perincian aduan yang diterima adalah seperti berikut:
PBT Bilangan Aduan Yang Diterima 2022 2023 2024 MBSA 132 110 44 MBPJ 65 121 129 MBSJ 223 294 356 MBDK 558 659 670 MPAJ 3 35 73 MPS – 73 74 MPKj 18 3 13 MPSp 25 92 90 MPKL 15 21 16 MPKS 22 32 36 MPHS 51 75 116 MDSB 15 10 17 JUMLAH 1,127 1,525 1,634 -
Adakah kerajaan negeri bersedia menggubal enakmen baharu bagi membanteras isu ini?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak merancang untuk menggubal enakmen bagi mengatasi masalah berkenaan kenderaan berat yang diletakkan di kawasan perumahan. Kerajaan Negeri menggunapakai Garis Panduan Perancangan Terminal Kenderaan Berat yang dikeluarkan oleh PLANMalaysia pada 7 Disember 2012.
Garis Panduan ini disediakan untuk memandu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi-Agensi yang berkaitan untuk merancang, membangun dan mengawal penyediaan terminal kenderaan berat serta kemudahan-kemudahan yang berkaitan dengannya.