Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

96) KENDERAAN BERAT DI KAWASAN AWAM

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah syarat parkir bagi kenderaan berat yang berdaftar bawah syarikat?

    Kenderaan berat tidak dibenarkan parkir di kawasan yang boleh menyebabkan masalah halangan lalu lintas, menghalang pandangan pengguna jalan raya, kerosakan jalan dan bahu jalan di kawasan taman. Kenderaan berat disyaratkan parkir di lokasi berdaftar seperti dinyatakan di dalam kelulusan permit didaftar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

  2. Apakah tindakan terhadap kenderaan berat yang diletakkan di kawasan tamantaman perumahan, sekolah-sekolah dan bahu jalan?

    Bidang kuasa PBT berkaitan parkir kenderaan berat adalah tertakluk kepada peruntukan Undang-undang Kecil Taman (UUK Taman 2005) . Kuasa yang dinyatakan dalam UUK tersebut adalah dengan mengeluarkan kompaun berkaitan:

     

    • UUK 7 Kenderaan melebihi dua tan dilarang (1) kenderaan bermotor selain kepunyaan kerajaan atau badan-badan berkanun yang mempunyai berat muatan lebih daripada muatan dua tan metrik tidak boleh masuk ke mana-mana taman tanpa kebenaran bertulis Yang Dipertua.

     

    1. UUK 7 Kenderaan melebihi dua tan dilarang (2) Mana-mana pegawai Majlis yang diberi kuasa boleh mengalihkan mana-mana kenderaan bermotor yang melanggar peruntukan perenggan (1) dan menahan motor itu di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai oleh Yang

     

    PBT juga meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan saman atas kesalahan trafik di jalan-  jalan yang bukan milik PBT seperti Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR). Selain itu, operasi bersepadu dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilaksanakan termasuk menyenarai hitamkan kenderaan berat tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.