Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
208) KENDERAAN BERAT
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani kenderaan berat yang banyak dan laju melalui Jalan Iskandar Bukit Kapar?
Sebanyak dua kompaun telah dikeluarkan di bawah kesalahan seksyen 47 (1)(e) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu mana-mana orang yang menjatuhkan, menumpah atau menabur apa-apa debu, pasir, tanah, kelikir, tanah liat, tanah gembur, batu, rumput kering, abuk kayu, sampah kebun, sampah tred, baja, sampah atau apa-apa barang lain atau benda di sesuatu tempat awam, sama ada dari sesuatu kereta bergerak atau berhenti atau dengan apa-apa cara lain adalah bersalah atau sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini. Untuk makluman, bagi kenderaan yang dibawa secara laju, hanya pihak PDRM dan JPJ Sahaja yang boleh menjalankan tindakan penguatkuasaan. Manakala bagi penyelenggaran jalan dibawah tindakan pihak JKR.