Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
355) KENDERAAN AWAM
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk meningkatkan perkhidmatan kenderaan awam di Selangor terutamanya di Kuang?
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi meningkatkan perkhidmatan kenderaan awam di Selangor terutamanya di Kuang, Majlis Perbandaran Selayang telah mengambil inisiatif dengan memperuntukkan dan melaksanakan pengoperasian perkhidmatan Bas Smart Selangor MPS 3 (Batu Arang – KTM Sg Buloh) yang melibatkan sebanyak dua (2) buah bas. Perkhidmatan tersebut merentasi DUN Kuang dengan menghubungkan laluan di kawasan-kawasan Bandar Tasik Puteri, Bandar Baru Kundang, Kg baru Kundang, Kg Melayu Kundang dan Kg Setia Kundang sehingga ke Stesen MRT Sg Buloh. Berdasarkan jumlah penumpang perkhidmatan Bas Smart Selangor bagi tahun 2023 untuk laluan MPS 3 adalah berjumlah 52,835 orang (49,036 warganegara dan 3,799 orang bukan warganegara) yang telah menggunakan perkhidmatan ini.