Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
261) KENAIKAN SEWA KOMPLEKS PERNIAGAAN PKNS
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kadar sewa semasa di Kompleks PKNS Shah Alam berbanding kadar sebelum kenaikan?
Berikut disertakan kadar sewa semasa dan cadangan kadar kenaikan sewa :-
Tingkat Jenis Perniagaan Kadar Sewa
Semasa
/ Kaki
Persegi
Kadar Kenaikan Sewa / Kaki
Persegi
(MASIH DI
PERINGKAT
PERLAKSANAAN)
Penjelasan Tingkat bawah (Ground Floor)
Ruang Kedai RM 2.50 Kenaikan di antara RM3.25 (30%) –
RM3.75 (50%)
Mengambil kira faktor-faktor seperti:- i) Luas kedai ii) Kedudukan kedai
iii) Jenis
perniagaan
Bank RM 5.00 Mengikut pasaran semasa dan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. – Jenis Perniagaan Kadar Sewa
Semasa
/ Kaki
Persegi
Kadar Kenaikan Sewa / Kaki
Persegi
(MASIH DI
PERINGKAT
PERLAKSANAAN)
Penjelasan “Chain Store”, eg..McDonalds, RM 2.50 Mengikut pasaran semasa dan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. – Tingkat Satu Ruang Kedai RM 2.00 Kenaikan di antara RM2.60 (30%) –
RM3.00 (50%)
Mengambil kira faktor-faktor seperti:- i) Luas kedai ii) Kedudukan kedai
iii) Jenis
perniagaan
Bank Tiada – “Chain Store”, eg..McDonalds, Tiada – Nota : Rekod yang dinyatakan di atas adalah untuk Tingkat 1 dan 2 sahaja, iaitu untuk ruang niaga sahaja.
Tingkat 2 dan 3 adalah untuk kegunaan pejabat dan yang berkaitan sahaja.
-
Senaraikan penyewa-penyewa premis perniagaan yang terlibat dengan kenaikan kos sewaan ini?
Semua penyewa premis perniagaan akan terlibat dengan kenaikan kos sewaan ini.
-
Apakah asas pertimbangan kadar sewa dan adakah ia berpatutan?
Kadar sewa yang bakal dilaksanakan ini adalah berpatutan dan asas pertimbangan kadar sewa ini adalah berdasarkan kepada beberapa faktor, iaitu :
- Peningkatan kos dengan keadaan ekonomi semasa.
Dengan keadaan ekonomi semasa, pemilik bangunan memerlukan dana untuk menampung kos operasi yang meningkat dan perbelanjaan modal, contoh kenaikan tarif elektrik dan sebagainya.
- Kos Penyelenggaraan yang tinggi
Sebagai pengendali Kompleks, adalah untuk memastikan semua kemudahan adalah teratur bagi mewujudkan suasana pusat membelibelah. Dengan keadaan bangunan yang sudah agak berusia, semestinya terdapat banyak peralatan atau kemudahan-kemudahan yang perlu diperbaiki atau ditukar yang baru. Pembaikan dan naiktaraf akan dilakukan secara berfasa.
- Keadaan Pasaran yang telah berubah
Pada masa ini, kadar sewa di Kompleks PKNS Shah Alam adalah sangat rendah berbanding dengan kadar pasaran, sekalipun dibandingkan dengan Kompleks yang berdekatan. PKNS masih realistik dengan kenaikan kadar sewa, yang mana kadar sewa setelah dinaikkan juga adalah masih pada kadar subsidi.
- Memacu aktiviti-aktiviti promosi dan pengiklanan
Dana diperlukan untuk memacu aktiviti-aktiviti promosi dan pengiklanan. Pihak Pengurusan juga akan mempergiatkan usaha-usaha untuk merangka lebih banyak Program Pembangunan Usahawan Bumiputera. Setakat ini pihak PREC telah menganjurkan pelbagai aktiviti promosi dengan pihak UiTM, Bahagian Pembangunan Usahawan Bumiputera dll.