Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

20) KENAIKAN GAJI GURU KAFA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kenaikan guru KAFA yang telah diluluskan dan bilakah kenaikan tersebut akan dilaksanakan?

    Jumlah kenaikan elaun yang telah diluluskan adalah di antara RM50.00 hingga RM200.00 dan akan mula dibayar mulai bulan Mac 2016 secara

  2. Adakah terdapat perbezaan kenaikan bergantung kepada peringkat usia, pangkat dan tempoh masa kerja? Huraikan.

    Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

    TEMPOH BERKHIDMAT

    (TAHUN)

    JUMLAH KENAIKAN

    (RM)

    0 hingga 5 50.00
    5 hingga 10 100.00
    10 hingga 15 150.00
    Lebih 15 tahun 200.00
  3. Apakah kaedah perlaksanaan kenaikan tersebut, adakah secara berperingkat ataupun sama rata?

    Secara peringkat

Lampiran

Tiada Lampiran.