Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

7) KENAIKAN GAJI / ELAUN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri telah menaikkan gaji dan elaun ahli MMKN, Speaker dan ADUN. Apakah perincian kenaikan untuk semua penjawat tersebut?

    Sepertimana sedia maklum, kenaikan gaji dan elaun Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri telah diwartakan secara khas di dalam Rang Undang-undang dan dibentangkan semasa Persidangan Dewan Negeri pada 25 November

    Kenaikan gaji dan elaun ini berdasarkan formula 75% daripada gaji dan elaun yang diterima oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Sarawak.

    Pada dasarnya, maklumat ini tidak boleh didedahkan kerana menyentuh kerahsiaan individu. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri boleh mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar atau Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri sekiranya memerlukan penjelasan lanjut. Maklumat berkenaan hanya akan diberikan kepada Y.B. Ahli Dewan Negeri yang bertanya sahaja dan harus diingatkan bahawa Y.B. Ahli Dewan Negeri yang berkenaan hendaklah bertanggungjawab terhadap maklumat tersebut dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) adalah berkaitan.

    * Maklumat diperolehi daripada pihak pengurusan Pejabat Dewan Negeri Selangor

  2. Adakah penjawat awam kumpulan lain menikmati kenaikan ini?

    Secara langsung sememangnya kenaikan gaji Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri ini tidak melibatkan penjawat awam di Negeri Selangor.

    Namun yang demikian, MMKN telah menimbang dan meluluskan penerimaan pakai tiga (3) Pekeliling Perkhidmatan berkaitan pelarasan gaji pada tahun 2013 seperti berikut:

    1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013 berkaitan ‘Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum di Bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM)’;
    2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2013 berkaitan ‘Pemberian Pemindahan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam di Bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM)’; dan
    3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 36 Tahun 2013 berkaitan ‘Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum Gred 1 Hingga 54 di Bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM)’
  3. Adakah pesara berpencen turut menerima manfaatnya?

    Kenaikan gaji Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri ini juga tidak melibatkan pesara kerajaan secara

     

Lampiran

Tiada Lampiran.